suria

Sambil duduk di pejabat pun boleh bersenam... Teknik ‘calf raises’’ bantu turunkan paras gula dalam darah

Senaman jinjit boleh dilakukan di tempat kerja. -Foto (Office Athlete)

PARAS gula dalam darah boleh meningkat selepas makan, terutama jika mengambil makanan tinggi karbohidrat.

Jadi selepas kita selesai makan, tubuh akan menukar karbohidrat kepada glukosa untuk dijadikan tenaga.

Namun bagi penghidap diabetes atau individu berisiko, lonjakan paras gula ini boleh jadi lebih tinggi dan berpanjangan sekali gus mengundang pelbagai masalah kesihatan.

Namun kajian menerusi Author Manuscript mendapati paras gula dalam darah boleh turun sehingga 52 peratus hanya dengan melakukan senaman ringan seperti calf raises ketika duduk.

Calf raises exercise atau senaman jinjit adalah pergerakan yang memerlukan anda mengangkat tumit ketika duduk menggunakan otot soleus yang terletak di bawah otot betis. 

Otot ini sangat efektif dalam membantu membakar glukosa dalam darah berbanding gula yang disimpan dalam badan.

Pergerakan ini mampu meningkatkan aliran darah ke kaki dan membantu kawalan gula dalam darah selepas makan. 

Malah, ia juga boleh mengelakkan risiko pembentukan darah beku akibat duduk terlalu lama.

Aktiviti calf raises boleh menurunkan paras gula dalam darah.

Cara buat senaman jinjit adalah seperti berikut:

1. Duduk dengan selesa dan pastikan tapak kaki rata di lantai.

2. Tekan hujung jari kaki ke lantai dan angkat tumit setinggi yang boleh.

3. Turunkan semula tumit ke lantai.

4. Ulang pergerakan ini kira-kira 50 kali seminit atau ikut kemampuan.

Senaman ini boleh dilakukan dalam tempoh yang panjang tanpa rasa penat, menjadikannya sesuai untuk mereka yang bekerja lama di meja.

Malah, senaman ringan ini sesuai untuk individu obes atau mereka yang duduk terlalu lama seperti pekerja pejabat.

Selain itu, berjalan kaki dua hingga lima minit selepas makan juga terbukti membantu menstabilkan paras gula dalam darah.

Ini kerana otot yang bergerak akan menyerap glukosa sebagai tenaga dan membantu menurunkan bacaan gula dalam darah dengan lebih cepat. -Times of India

Artikel Lain