suria

[V] Untung dapat pasangan anak bongsu... Bukan sebab manja, tapi kerana ada 2 kelebihan ini

Setiap pasangan yang berkahwin mengimpikan rumah tangga bahagia-Gambar hiasan AI

ANAK bongsu atau paling muda dalam keluarga begitu sinonim dengan sifat manja.

Tapi anda sebenarnya boleh diibaratkan dapat bonus dalam hubungan rumah tangga sekiranya berjodoh dengan anak bongsu.

Pendakwah keluarga, Ustazah Asmak Husin yang banyak berkongsi ceramah berkenaan rumah tangga mengulas perkara tersebut dalam satu hantaran [Tonton video] di TikTok.

Terdapat dua kelebihan utama apabila pasangan hidup anda merupakan si bongsu dalam keluarganya.

1. Anak bongsu biasanya romantik dan penyayang

Mungkin sebab dari kecil mereka dah biasa ‘beralah’ atau menyesuaikan diri dengan abang kakak, anak bongsu ini sebenarnya lebih sensitif dengan emosi orang sekeliling.

Dia peka bila anda tengah 'down' dan tidak lokek untuk berkongsi rasa apabila anda sedih atau gembira.

Dalam rumah tangga, anak bongsu digambarkan jenis yang tahu nak jaga hati pasangan kerana bersifat lemah lembut, memahami dan penuh kasih sayang.

2. Anak bongsu lebih fleksibel

Berbeza dengan orang yang terlalu tegas dengan pendirian, anak bongsu lebih terbuka. 

Dia tak kisah sekiranya anda mahu buat sesuatu dengan cara yang berbeza, sebab dia sudah terbiasa adapt (sesuaikan diri) dengan pelbagai perangai abang dan kakak sejak kecil.

Nilai fleksibiliti itu sangat penting dalam rumah tangga sebagai kunci keharmonian apabila dua orang hidup bersama.

Artikel Lain