suria

Jangan terlebih mesra, pergaulan sesama jantina juga ada batasnya! Ini punca berlaku hubungan sejenis

Hubungan akrab sesama jantina juga mempunyai batas dan perlu berlandaskan hukum agama. -Gambar hiasan AI

KECOH di media sosial tentang aksi mesra dua gadis bertudung yang mencetuskan pelbagai reaksi warga maya.

Biarpun empunya diri tampil menafikan tanggapan 'liar' yang menuduh dia berpasangan dengan kaum sejantina, namun ramai meluahkan kebimbangan kerana perlakuan sedemikian dilihat sebagai luar biasa dan terlebih mesra bagi pasangan rakan baik.

Lebih membimbangkan, insiden seperti ini bukan lagi asing dalam kalangan masyarakat masa kini, seolah-olah batas pergaulan sesama jantina tidak lagi dipelihara.

ARTIKEL BERKAITAN: “Keluarga tahu saya panggil dia sayang, wifey” - Gadis perjelas status dengan BFF, gesa Caprice padam video berunsur fitnah

Dalam konteks Islam dan masyarakat Timur, perlakuan yang mengundang salah faham atau menyerupai ciri-ciri hubungan songsang amat ditolak, apatah lagi sengaja menjadikannya sebagai tontonan umum.

Fenomena ini menimbulkan persoalan lebih besar, mengenai apakah yang mendorong seseorang untuk cenderung kepada hubungan sesama jenis? 

Hubungan sesama jenis bukan satu isu baharu di negara ini. -Gambar hiasan

Memetik kajian oleh Eleanor Whiteway dan Denis R Alexander, berikut merupakan antara faktor yang dipercayai berkaitan dengan penyebab ketertarikan kepada individu sesama jenis:

Persekitaran

- Cara didikan atau situasi dalam keluarga boleh mempengaruhi perkembangan identiti seksual seseorang.

- Begitu juga dengan interaksi bersama rakan sebaya yang boleh mempengaruhi kesedaran orientasi seksual. 

Trauma masa lalu

- Sebagai contoh, seseorang pernah menjadi mangsa atau saksi penderaan semasa kecil, sama ada oleh ahli keluarga, kenalan dan sebagainya.

- Ia cenderung membentuk persepsi atau kekeliruan terhadap hubungan intim dan kasih sayang.

Pilihan sendiri 

- Beberapa pihak berpendapat bahawa kecenderungan terhadap sesama jantina adalah satu pilihan yang dibuat secara sedar, dan individu boleh mengawal diri mereka untuk merasakan tarikan terhadap orang daripada jantina yang sama.

Insiden 'hitam' masa lalu mampu meninggalkan trauma buat mangsa. -Gambar hiasan

Sebagai umat Islam, kita wajib berpegang teguh kepada ajaran agama yang jelas menolak sebarang bentuk hubungan songsang, termasuklah kecenderungan terhadap sesama jantina.

Firman Allah SWT dalam Surah al-A'raf ayat 80-81 menjelaskan bagaimana kaum Nabi Lut dihancurkan kerana kecenderungan mereka terhadap perbuatan yang bertentangan dengan fitrah. Maksudnya:

"Dan (Kami juga telah mengutus) Nabi Lut, ketika dia berkata kepada kaumnya: "Mengapa kamu melakukan perbuatan keji yang belum pernah dilakukan oleh seorang pun dari umat-umat sebelum kamu?"

"Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk melepaskan nafsu syahwat, bukan kepada perempuan. Bahkan kamu adalah kaum yang melampaui batas."

Begitu juga Rasulullah SAW bersabda, maksudnya:

"Allah melaknat siapa sahaja yang melakukan perbuatan kaum Luth, (Baginda mengulanginya sebanyak tiga kali)". (Riwayat Ahmad, no. 2913)

Justeru, umat Islam dituntut untuk memelihara adab dan batas pergaulan, bukan sahaja antara lelaki dan perempuan, malah sesama jantina agar tidak mengundang fitnah atau kekeliruan.

Artikel Lain