KETIKA ini, boleh dikatakan minuman matcha menjadi salah satu trend paling popular dalam kalangan masyarakat, terutamanya golongan muda.
Ia bukan sahaja disukai kerana rasa unik dan estetikanya, tetapi juga sering dipromosikan sebagai minuman sihat yang tinggi antioksidan, membantu detoks dan meningkatkan tenaga.
Walaupun matcha terkenal dengan pelbagai manfaat kesihatan, pengambilan berlebihan boleh membawa kesan sampingan yang serius terhadap kesihatan.
ARTIKEL BERKAITAN: Demam menggigil hingga usus bocor, pemuda terpaksa pakai ‘beg najis’ lebih 6 bulan akibat tifoid... Dijangkiti virus salmonella lepas ke bazar Ramadan
Memetik laman Verywellhealth.com, pengambilan matcha secara berlebihan boleh mengundang kesan sampingan, iaitu:
1. Reaksi alergi
Matcha boleh menyebabkan alahan bagi sesetengah individu, terutamanya yang sensitif kepada tumbuhan teh.
Gejala mungkin termasuk ruam kulit, kegatalan, kesukaran bernafas
2. Risiko kanser esofagus
Minum matcha atau teh terlalu panas boleh merosakkan tisu esofagus (saluran makanan), dan dalam jangka panjang meningkatkan risiko kanser esofagus.
Tanda awal seperti pedih ulu hati, batuk berterusan, masalah menelan, suara serak
3. Tekanan darah tinggi
Kafein dalam matcha boleh meningkatkan tekanan darah, terutamanya jika diminum terlalu banyak.
Ia mengundang risiko serangan jantung, strok dan masalah jantung lain.
4. Masalah hati
Pengambilan matcha dalam jumlah besar (lebih 800 mg EGCG sehari) boleh membebankan fungsi hati.
Antara gejala masalah hati adalah sakit di bahagian kanan atas perut, air kencing gelap, kulit dan mata menjadi kuning (jaundis).
5. Gangguan penyerapan zat besi
Kandungan katekin dalam matcha boleh menghalang penyerapan zat besi, terutamanya dari sumber tumbuhan.
Ini boleh menyebabkan atau memburukkan lagi anemia.
Populariti matcha meningkat dengan sangat pesat dalam sedekad yang lalu, dan lebih ketara lagi dalam dua hingga tiga tahun kebelakangan ini. -Gambar hiasan
Individu yang perlu berhati-hati sebelum mengambil matcha?
1. Individu mudah alami alahan
Jika anda pernah mengalami alahan terhadap teh hijau atau produk berkaitan, elakkan pengambilan matcha tanpa nasihat pakar kesihatan.
2. Wanita hamil dan menyusu
Matcha mengandungi bahan aktif EGCG dalam jumlah tinggi.
Meskipun tiada kajian kukuh tentang kesan matcha semasa mengandung atau menyusu, rujuk doktor atau pakar sebelum mengambil.
3. Warga emas (65 tahun ke atas)
Golongan ini lebih berisiko mengalami kesan sampingan ubat atau interaksi bahan aktif dengan masalah kesihatan sedia ada. Ambil secara berhati-hati.
4. Kanak-kanak
Kajian terhadap matcha pada kanak-kanak masih sangat terhad. EGCG boleh memberi kesan jika diambil secara berlebihan.
Dapatkan nasihat doktor jika ingin memperkenalkan matcha kepada anak.