suria

Penghidap endometriosis hamil selepas ikhtiar minum jus ‘cuci rahim’, tak lokek kongsi resipi bantu wanita TTC

Buah oren dan halia adalah antara bahan untuk menghasilkan jus 'cuci rahim'. -Gambar hiasan

PENGHIDAP endometriosis lazimnya mengalami senggugut yang teruk, pendarahan yang tidak normal dan sering sakit pada bahagian bawah perut atau sekitar pelvik. 

Tidak terkecuali buat wanita ini yang merupakan penghidap endometriosis tahap tiga (sederhana).

Berkongsi kisahnya di laman Threads, wanita yang menggunakan akaun @iamsobeutipul itu berkata, akibat penyakit tersebut dia mengalami pendarahan tanpa henti selama dua bulan.

ARTIKEL BERKAITAN: Pilih matcha berbanding kopi? Tapi kena berpada-pada terutama 4 golongan ini

Namun tanpa disangka, pendarahan yang dialaminya pulih selepas berikhtiar dengan mencuba jus 'cuci rahim' sebagaimana yang dikongsikan oleh seorang pengguna media sosial.

"Kita baru try jus resipi yang dikongsi, saya ada endometriosis stage 3, bleeding dah dua bulan.

"Sekarang selepas dua cawan minum, bleeding dah stop! Doakan kita pulih and start TTC (trying to conceive)," tulisnya. 

Empat tahap penyakit endometriosis. 

Berdasarkan perkongsian pemilik asal, dia berkata jus itu sesuai dicuba oleh mereka yang sedang mengalami endometriosis dan berikhtiar untuk mendapatkan zuriat.

Malah dia yang merupakan penghidap endometriosis tahap 3 dengan keadaan satu tiub fallopio tersumbat, berjaya hamil selepas dua bulan mencuba jus berkenaan.

"Tak buat IUI atau IVF. Naturally dapat. Saya buat cleansing juice untuk 'clearkan rahim'. Tidak, saya tidak menjual apa-apa produk. Cuma nak kongsi buat yang sedang ikhtiar je," ujarnya.

Berikut adalah resipi jus yang dikongsikan.

Bahan-bahan:

1) 1 biji nenas

2) Kunyit hidup sebesar ibu jari

3) Halia sebesar ibu jari

4) 2 biji oren Sunkist 

Cara-caranya:

- Kisar kesemua bahan dan kemudian simpan dalam peti sejuk. 

- Tak perlu ditapis. Sukatan ini boleh diminum antara tiga hingga empat kali.

Cara minum: 

- Ambil satu cawan setiap hari pada hari-hari terakhir datang bulan. Contohnya tempoh datang bulan biasa 7 hari, jadi boleh mula diambil ketika hari keempat atau kelima. 

- Minum satu cawan setiap hari sehingga darah kering. Berhenti minum apabila darah sudah kering.

Selamat mencuba!

Artikel Lain