suria

Ketahui 6 simptom influenza... Segera bawa anak jumpa doktor, jangan sampai berlaku komplikasi

Kanak-kanak yang dijangkiti influenza terdedah dengan komplikasi jika tidak dirawat dengan segera. -Gambar hiasan

MUSIM influenza yang melanda ketika ini menyaksikan peningkatan kes dalam kalangan kanak-kanak.

Walaupun jangkitan ini sering dianggap biasa, ia sebenarnya boleh membawa risiko komplikasi yang lebih serius.

Apa yang dikesalkan, ada segelintir ibu bapa yang masih mengambil ringan apabila anak mengalami demam berpanjangan atau tidak bertindak segera apabila gejala berbahaya mula muncul.

ARTIKEL BERKAITAN: Penghidap endometriosis hamil selepas ikhtiar minum jus ‘cuci rahim’, tak lokek kongsi resipi bantu wanita TTC

Menurut pakar pediatrik dari Hospital Pakar KPJ Puteri, Johor Bahru, Dr Teh Wai Bin, kanak-kanak terutamanya yang masih kecil, mempunyai sistem imun yang lebih lemah berbanding orang dewasa.

"Maka, risiko untuk mengalami komplikasi lebih tinggi jika rawatan tidak diberikan dengan segera," katanya dalam hantaran di Threads.

muslim woman with masks applying hand sanitizer at homeIbu bapa perlu peka dengan sebarang perubahan kesihatan anak. -Gambar hiasan

Justeru, Dr Wai Bin berkongsi beberapa tanda amaran yang perlu diberi perhatian serius oleh ibu bapa dalam menghadapi musim influenza ini. 

Jika anak anda menunjukkan mana-mana simptom berikut, segera dapatkan rawatan perubatan:

1. Demam tinggi dan susah dikawal walaupun bagi ubat demam

2. Batuk dan selesema sehingga mengganggu tidur anak

3. Lesu dan letih. Jika anak selalu tidur, ia bukan tanda yang bagus.

4. Kurang selera, ini akan meningkatkan risiko dehidrasi yang menjadi punca utama masuk ke hospital.

5. Nafas laju

6. Demam sawan atau jangkitan otak, antara komplikasi yang serius dalam kalangan kanak-kanak 

Pupils of Tadika Juara Cerdik go through a temperature check every morning before they are allowed to enter the school compound as part of the school's A(H1N1) precautionary measures.Suhu badan yang tinggi adalah salah satu simptom influenza. -Gambar hiasan

Sebagai pakar kanak-kanak, empat nasihat ini sentiasa ditekankan beliau terhadap ibu bapa iaitu: 

- Terus bawa anak berjumpa dengan doktor jika demam tinggi melebihi tiga hari. Jangan jadi 'Doktor Google'

- Galakkan anak minum banyak air, kurang makan tidak mengapa

- Jika ada tanda-tanda yang tidak sedap hati seperti yang diterangkan, segeralah berjumpa doktor dan jangan bertangguh

- Jangan biasakan sikap 'tunggu dan pantau' kerana imuniti kanak-kanak memang kurang daripada orang dewasa  

 

Artikel Lain