suria

Cantik tapi bahaya... Ramai tak tahu risiko tersembunyi bulu mata palsu, terdedah kanser

Bulu mata palsu digunakan sebagai pelengkap solekan. -Gambar hiasan

PENGGUNAAN bulu mata palsu oleh kebanyakan wanita bukan perkara baharu dalam dunia kecantikan.

Namun begitu, penggunaan bulu mata palsu secara kerap tanpa penjagaan yang betul boleh menimbulkan risiko kesihatan.

Timbul persoalan, adakah pemakaian bulu mata palsu juga berpotensi membawa risiko kesihatan yang lebih serius?

ARTIKEL BERKAITAN: Ketahui 6 simptom influenza... Segera bawa anak jumpa doktor, jangan sampai berlaku komplikasi

Memetik perkongsian di laman Hello Doktor, ada sesetengah gam bulu mata palsu yang digunakan mengandungi bahan kimia seperti formaldehid.

Formaldehid adalah karsinogen atau bahan penyebab kanser yang dikenal pasti boleh meningkatkan risiko leukemia, limfoma, kanser nasofaring, dan kanser lain.

Risikonya makin meningkat jika terdedah dalam jangka masa panjang atau jika digunakan secara berlebihan. 

Michelle McCabe applies eyelash extensions on a client at Les Cheveux salon in Hartford, Conn. Illustrates FASHION-EYELASHES (category l) by Greg Morago (c) 2006, The Hartford Courant. Moved Friday, May 5, 2006. (MUST CREDIT: The Hartford Courant photo by Cloe Poisson.)

Penyambungan bulu mata palsu juga menjadi 'trend' ketika ini. -Gambar hiasan

Walaupun kelihatan cantik pada mata kasar, pemakaian bulu mata palsu boleh mendatangkan beberapa risiko kesihatan seperti:

- Alahan pada bahan gam atau material bulu mata

- Jangkitan kuman jika tidak dibersihkan dengan betul

- Keguguran bulu asli akibat penggunaan berpanjangan

- Risiko kerengsaan mata dan kulit di sekitar kelopak

- Pendedahan kepada formaldehid dalam gam, yang berpotensi menjadi punca kanser jika digunakan tanpa kawalan

Justeru, pengguna disarankan memilih gam pelekat bebas formaldehid dan menjaga kebersihan semasa menggunakan eyelash palsu.

Dalam konteks hukum Islam sendiri, pemakaian bulu mata palsu sangat ditegah kerana bertentangan dengan hukum syarak.

Ulama merumuskan haram hukumnya bagi perbuatan memasang bulu mata palsu sementara dan separa kekal bagi tujuan kecantikan dengan menggunakan bulu atau rambut manusia, haiwan, bulu sintetik serta tanpa keizinan suami kerana terdapat unsur penipuan dan mengubah ciptaan Allah.

Selain itu, penggunaan gam juga menghalang air sampai ke kulit sekali gus menghalang sahnya wuduk dan mandi wajib.

Namun ada ulama berpendapat pemakaiannya dibolehkan untuk tujuan yang darurat kerana kecacatan, namun perlu dipastikan materialnya tanpa menggunakan bulu manusia, bahan bernajis dan tidak menghalang air untuk bersuci.

Artikel Lain