MUNGKIN ada ibu bapa yang sedikit terkejut apabila mendapati anak perempuan mereka datang haid terlalu awal.
Ada sesetengah kes, kanak-kanak perempuan datang bulan pada usia lapan tahun sedangkan secara lazimnya, akil baligh bagi perempuan bermula sekitar usia sembilan tahun ke atas.
Menurut seorang pengamal perubatan, Dr Hannani Kamarudin, situasi ini dinamakan precocious puberty atau akil baligh pra-matang.
Menerusi perkongsian di laman sosial, Dr Hannani meluahkan kebimbangan serius mengenai peningkatan kes akil baligh pra-matang khususnya dalam kalangan kanak-kanak perempuan.
"Saya nak pesan, tolong jangan belikan mekap, perfume, lipstick, deodorant kepada anak yang belum akil baligh terutamanya anak perempuan.
"Precocious puberty bermaksud akil baligh yang berlaku sebelum umurnya. Kalau umur enam tahun dah ada payudara, umur lapan tahun sudah period... tolong tahu itu tak normal dan bahaya," ujarnya.
Penggunaan alat solek menjadi salah satu faktor akil baligh pra-matang. -Gambar hiasan
Jelas beliau, antara faktor yang mungkin menyumbang termasuk:
- Pemakanan
- Gaya hidup moden
- Penggunaan produk dewasa pada kanak-kanak
"Jadi saya sarankan kepada semua ibu, kalau ada anak kecil, jangan pakaikan benda-benda yang mengandungi paraben, BPA (Bisphenol A), Phthalates, minyak wangi, semua benda orang dewasa punya.
"Ia mempercepatkan akil baligh dan itu akan lead kepada kanser.
"Jaga anak-anak kita terutamanya anak perempuan… dia tak boleh haid sebelum usia sembilan tahun," akhirinya.
Kesimpulannya, sebagai ibu bapa, kita perlu memastikan anak-anak membesar dalam persekitaran yang sihat dan selamat.
Jangan terpengaruh dengan trend sehingga menormalisasi penggunaan produk dewasa pada anak kecil yang akhirnya akan memberi kesan buruk jangka panjang tanpa kita sedari.


