suria

Bukan nak ‘judge’, rupanya ini sebab wujud ruangan ‘tahap pendidikan’ ibu dalam Buku Pink

Buku Pink adalah dokumen penting yang merekodkan maklumat kesihatan ibu sepanjang kehamilan. -Gambar hiasan

BUKU Rekod Kesihatan Ibu atau lebih dikenali sebagai ‘Buku Pink’, merupakan dokumen penting yang bukan sahaja merekodkan maklumat kesihatan ibu sepanjang kehamilan, malah juga perkembangan anak sejak lahir hingga usia awal kanak-kanak.

Buku ini menjadi rujukan utama petugas kesihatan dalam memastikan ibu dan bayi menerima pemantauan serta rawatan yang sepatutnya.

Namun, di sebalik fungsinya sebagai rekod kesihatan, terdapat elemen lain yang sering kali dipandang ringan iaitu ruangan maklumat sosio-demografik, termasuk tahap pendidikan ibu bapa.

ARTIKEL BERKAITAN: Makin banyak kes budak perempuan ‘period’ awal... Rupanya alat solek, minyak wangi dewasa punca segala masalah!

Pasti ramai tertanya-tanya mengenai keperluan maklumat ini dicatat dalam sebuah buku kesihatan. 

Sebenarnya, ia bukan sekadar angka atau catatan biasa, sebaliknya membantu petugas kesihatan menilai tahap kefahaman seseorang ibu terhadap maklumat kesihatan yang diberikan, termasuk penjagaan diri semasa hamil dan penjagaan bayi selepas kelahiran.

Apa fungsi maklumat 'Tahap Pendidikan Ibu'? 

- Tujuan catatan tahap pendidikan adalah untuk mengenal pasti profil risiko kesihatan, bukan menilai atau menghakimi tahap pendidikan.

- Kajian menunjukkan tahap pendidikan ada kaitan dengan cara penjagaan diri semasa hamil.

- Ibu berpendidikan tinggi biasanya lebih peka tentang nutrisi, imunisasi, dan tanda-tanda bahaya kehamilan.

- Bukan bermaksud ibu lain tidak tahu, tetapi statistik menunjukkan perbezaan mengenai tahap kesedaran.

Neeta, four-months-pregnant, undergoes an ultrasound test to monitor the developing foetus at a hospital in New Delhi 06 June 2002. The Indian cabinet amended 31 May India's Prenatal Diagnostics Act, 1994 preventing doctors from performing routine ultrasounds on pregnant women below 35 years of age.The special ordinance has to be signed by President K.R Narayanan for it to become effective and then ratified by both houses of parliament within six months to remain a law. AFP PHOTO/Prakash SINGH *** Local Caption *** Parents start bonding with their ‘baby’ the minute they see the first scan, more so for older mothers, who are usually scanned more frequently.Mindful concerns.For baby’s sake: There is convincing argument for screening all mothers for stress during pregnancy.20070227StarTwoPg12.- Yusof

Bakal ibu perlu peka mengenai kesihatan diri dan keperluan nutrisi bayi yang dikandungnya. -Gambar hiasan

Sudah tentu maklumat ini berkait rapat dengan kesihatan bayi, antaranya kesedaran mengenai:

- Penyusuan susu ibu

- Vaksinasi

- Pemakanan sihat 

- Kepentingan pemeriksaan berkala

Selain daripada itu, data ini juga membantu petugas kesihatan mengesan lebih awal risiko komplikasi melalui corak tertentu, mengenal pasti kawasan yang kurang akses kepada maklumat kesihatan atau kemudahan perubatan dan sebagainya.

Kesimpulannya, golongan ibu atau bakal ibu wajar mengambil maklum bahawa setiap maklumat diisi dalam Buku Pink mempunyai tujuan tersendiri yang berkait rapat dengan kesihatan diri dan anak.

Ruangan seperti tahap pendidikan bukanlah untuk menghakimi, sebaliknya berfungsi sebagai panduan penting kepada petugas kesihatan dalam memberikan sokongan dan rawatan paling sesuai mengikut keperluan individu.

Artikel Lain