suria

Tubuh menggigil, suhu turun mendadak... Kaki ‘hiking’ jangan ambil ringan gejala hipotermia, silap langkah maut menanti

Mendaki gunung menjadi aktiviti kegemaran buat mereka yang menyukai cabaran dan keindahan semula jadi. -Gambar hiasan

MENDAKI gunung adalah aktiviti yang mencabar dan memberi kepuasan tersendiri kepada pencintanya.

Namun di sebalik keindahan alam, pendaki juga berhadapan dengan risiko-risiko tertentu yang tidak boleh dipandang ringan.

Salah satu risiko paling berbahaya yang sering terjadi dalam kalangan pendaki, khususnya di kawasan pergunungan tropika adalah hipotermia.

ARTIKEL BERKAITAN: Mana ‘sweeper’, MGP? Komuniti ‘hiking’ persoal kes pendaki Gunung Liang ditemukan maut, tergamak tinggalkan seorang diri

Hipotermia adalah keadaan berbahaya yang berlaku apabila suhu tubuh turun secara drastik di bawah 35 darjah Celcius akibat paparan suhu sejuk melampau dalam tempoh lama.

Ia boleh berlaku apabila tubuh kehilangan haba lebih cepat daripada kemampuannya menghasilkan haba.

Di kawasan gunung, risiko ini meningkat disebabkan oleh cuaca yang sejuk, angin kencang, hujan berterusan, dan perubahan cuaca yang tidak menentu.

Jika tidak ditangani dengan segera, hipotermia boleh membawa kepada komplikasi serius termasuk kematian.

Gejala hipotermia:

1. Tubuh menggigil tanpa henti.

2. Kulit pucat dan terasa sejuk apabila disentuh.

3. Hujung jari, hidung, atau bibir kelihatan membiru.

4. Kesukaran untuk bercakap.

5. Keliru atau tidak fokus.

6. Pergerakan tangan dan kaki menjadi kaku atau sukar digerakkan.

7. Denyut jantung dan pernafasan menjadi perlahan.

Photos of Hiking trails,hikers and the the entrance in Kota Damansara Community Forest. Story of Community Forest Petaling Jaya Selangor. (SEPT 16 2025) — ART CHEN/The StarPendaki perlu melakukan persiapan rapi sebelum mendaki gunung. -Gambar hiasan

Dalam keadaan tertentu, hipotermia juga boleh berlaku bersama dehidrasi, terutamanya jika pengambilan air tidak mencukupi semasa pendakian.

Beberapa faktor utama yang meningkatkan risiko hipotermia termasuk:

- Cuaca hujan dan berangin menyebabkan pakaian menjadi basah, angin mempercepat kehilangan haba.

- Pakaian yang kurang sesuai iaitu tidak memakai lapisan mencukupi atau bahan yang tahan sejuk.

- Kekurangan makanan dan minuman menyebabkan badan kurang tenaga untuk menghasilkan haba.

- Kelesuan melampau akibat terlalu letih dan tidak dapat menyesuaikan diri dengan perubahan suhu.

- Tidak bergerak dalam tempoh lama.

Berikut adalah beberapa langkah penting untuk mencegah hipotermia semasa pendakian:

- Pakai pakaian berlapis-lapis untuk mengekalkan haba.

- Gunakan topi, pelindung telinga dan sarung tangan.

- Bawa makanan dan minuman hangat.

- Elak duduk lama atas tanah atau batu sejuk, sebaiknya gunakan pelapik atau alas duduk.

- Cari tempat berteduh jika cuaca berubah buruk.

- Tukar pakaian basah secepat mungkin.

Artikel Lain