suria

Ibu bapa kena ‘jenguk’ telefon anak, risau terdedah permainan ganas tanpa sedar… Ini 5 ‘games’ patut dielakkan

Ketagihan terhadap permainan video cenderung memberikan impak negatif kepada perkembangan sosial serta mental kanak-kanak. -Gambar hiasan

TEKNOLOGI membawa pelbagai manfaat, terutamanya dalam bidang pendidikan. 

Namun, akses yang mudah ke dunia digital juga mendedahkan kanak-kanak kepada permainan yang berbahaya. 

Ramai ibu bapa menganggap permainan digital hanyalah hiburan biasa, tetapi hakikatnya terdapat sebilangan permainan yang boleh memberi kesan negatif terhadap perkembangan mental dan emosi anak-anak.

ARTIKEL BERKAITAN: Ramai selalu buat silap, rupanya tak elok cas bateri sampai 100 peratus penuh... Ikut 4 perkara ini jika sayang telefon

Justeru, penting untuk memahami mengapa sesetengah permainan boleh membahayakan kanak-kanak.

Antara risiko utama termasuk:

- Ketagihan permainan

- Pendedahan kepada keganasan dan unsur agresif

- Interaksi negatif secara dalam talian

- Pengabaian kesihatan fizikal, contohnya postur tubuh dan risiko obesiti kerana kurang pergerakan

- Iklan tidak sesuai

Some video games have shown improvements in players’ cognition. — Dreamstime/TNS

Anak kecil sewajarnya didedahkan dengan permainan digital yang positif. -Gambar hiasan

Sementara itu laman Timedooracademy.com merumuskan beberapa permainan popular yang dikategorikan berbahaya untuk kanak-kanak dan memerlukan pengawasan ketat atau patut dielakkan terus:

1. Free Fire

- Permainan aksi pertempuran yang boleh menyebabkan ketagihan dan mendorong tingkah laku agresif.

2. PUBG Mobile

- Sama seperti Free Fire, dengan elemen persaingan tinggi yang boleh mencetuskan tekanan emosi dan obsesi terhadap kemenangan.

3. Call of Duty Mobile

- Memaparkan keganasan yang realistik dengan grafik dan bunyi yang kuat, berisiko memberi kesan psikologi kepada pemain muda.

4. Grand Theft Auto (GTA) Series

- Mengandungi kandungan lucah, keganasan melampau dan unsur jenayah. Tidak sesuai untuk kanak-kanak dalam apa jua keadaan.

5. Roblox

- Meskipun ada kandungan yang selamat, terdapat juga permainan ciptaan pengguna yang mengandungi tema ganas atau negatif jika tiada pengawasan.

Bayangkan apabila anak anda ketagihan, situasi ini bukan sahaja menyebabkan masa skrin (screentime) yang berlebihan, malah boleh menjejaskan tingkah laku, tabiat harian dan keselamatan data peribadi kanak-kanak.

Justeru sebagai ibu bapa, anda perlu bersikap tegas dan memantau aktiviti screentime anak-anak dengan melakukan perkara berikut:

1. Pantau permainan yang dimainkan anak. Periksa penilaian umur dan ulasan yang dipercayai.

2. Tetapkan had masa bermain yang jelas dan konsisten.

3. Berkomunikasi dengan menerangkan bahaya permainan digital tertentu.  

4. Galakkan aktiviti digital yang positif pengaturcaraan, rekaan grafik dan sebagainya.

5. Seimbangkan masa skrin dengan aktiviti fizikal dan masa berkualiti bersama keluarga.

Artikel Lain