suria

Bedung sampai kaki berbekas? Sebenarnya ini cara betul nak ‘balut’ bayi, jangan sampai mudaratkan si manja

Video tular dipercayai dari negara lain memaparkan keadaan kaki bayi yang berbekas kerana dibedung dengan ketat.

BEDUNG bayi adalah satu amalan tradisional yang diamalkan sejak turun-temurun, bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di kebanyakan negara lain.

Bedung dilakukan dengan cara membalut bayi dengan kain bertujuan bagi memberi rasa selesa, hangat dan seolah-olah dipeluk.

Ramai ibu bapa percaya bahawa bedung dapat membantu bayi tidur lebih lena dan kurang terkejut akibat startle reflex.

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu bapa kena ‘jenguk’ telefon anak, risau terdedah permainan ganas tanpa sedar… Ini 5 ‘games’ patut dielakkan

Namun begitu, baru-baru ini tular di media sosial satu video memaparkan seorang bayi yang dibedung terlalu ketat sehingga kelihatan berbekas pada kulitnya, sekali gus mengundang kecaman warga maya.

Hakikatnya, ramai yang tak sedar bahawa cara membedung yang salah boleh memudaratkan bayi, termasuk menjejaskan pernafasan, perkembangan pinggul, atau menyebabkan kepanasan melampau.

Lisa Vallee, Nurse Educator at the NICU (Neo-Natal Intensive Care Unit) at Presbyterian Hemby Children's Hospital, in Charlotte, N.C., demonstrates how to properly swaddle (wrapping infants snugly in swaddling cloths, blankets or similar cloth so that movement of the limbs is tightly restricted) the infant. (Phillip C. Hoffman/Charlotte Observer/MCT)Membedung dengan teknik yang betul akan memberikan keselesaan kepada bayi. -Gambar hiasan

Sebelum membedung si manja, elok kita fahami cara yang betul agar niat untuk memberi keselesaan tidak bertukar menjadi risiko.

1. Sediakan kain yang nipis dan selesa.

2. Lipatkan penjuru kain tersebut kira-kira 15 cm ke bawah.

3. Kemudian, baringkan bayi dengan meletakkan kepalanya atas lipatan yang telah dibuat.

4.  Tarik satu sudut kain menutupi tangannya dan bawakan ke arah bertentangan. Kain tersebut akan menutupi badan bayi dan kemudian masukkan ke belakang badan bayi dengan kemas.

5. Tarik sudut kain di bahagian hujung bawah kaki bayi sehingga melepasi ke bawah dagunya. 

6. Pastikan kaki bayi dalam keadaan selesa, tidak bengkok tetapi jangan paksa kaki mereka untuk lurus dengan menarik kakinya.

7. Tarik sudut kain di bahagian kanan dan masukkan ke bawah belakangnya di sebelah kiri.

Awas, membedung bayi dengan terlalu ketat terutamanya pada bahagian kaki adalah cara yang salah sama sekali dan boleh menjejaskan pembentukan sendi pinggul dan kaki. 

Artikel Lain