suria

Usah jadikan kesibukan kerja alasan tidak berasmara... Ini 8 kesan kepada jiwa dan raga jika abaikan hubungan intim

Segelintir pasangan mengambil remeh soal intim tanpa menyedari ia memberi kesan negatif kepada kesihatan. -Gambar hiasan AI

KESIBUKAN dengan rutin harian adakalanya membuatkan pasangan tidak sedar bahawa mereka sebenarnya sudah lama tidak 'bersama'.

Walaupun nampak remeh, tahukah anda perkara ini boleh memberi kesan besar kepada kesihatan fizikal dan mental pasangan?

ARTIKEL BERKAITAN: Bukan nak ‘judge’, rupanya ini sebab wujud ruangan ‘tahap pendidikan’ ibu dalam Buku Pink

Apabila hubungan seksual makin jarang berlaku, tubuh mula memberi signal dalam pelbagai cara yang kita mungkin tidak perasan.

Jika ada dalam kalangan anda berada dalam situasi ini, berikut adalah antara kesan kesihatan yang boleh berlaku jika terlalu lama tidak 'bersama': 

1. Mudah rasa cemas atau gelisah

Seks sebenarnya boleh membantu mengurangkan kebimbangan.

Ia mengurangkan hormon stres dalam badan dan membantu kita rasa lebih tenang.

Apabila kehidupan seksual aktif, kita pun lebih bahagia dan stabil dari segi emosi.

2. Fungsi jantung merosot

Kajian menunjukkan mereka yang hanya berhubungan seks sebulan sekali atau lebih jarang berisiko lebih tinggi untuk mengalami masalah jantung berbanding mereka yang melakukannya dua kali seminggu.

Selain membantu kawal stres, seks juga buat badan lebih banyak bergerak, seakan senaman ringan yang baik untuk jantung.

Pasangan yang kehidupan seksualnya aktif akan lebih bahagia dan stabil dari segi emosi. -Gambar hiasan

3. Aktiviti fizikal berkurang

Tahukah anda, seks boleh membakar kira-kira lima kalori seminit? Lebih lama, lebih banyak kalori terbakar.

Bukan itu saja, apabila mental kita rasa lebih baik selepas hubungan intim, kita juga lebih bermotivasi untuk lakukan aktiviti fizikal lain seperti bersenam, berjalan atau mengemas rumah.

4. Mudah lupa

Bercinta bukan saja baik untuk jantung, tapi juga otak.

Ia terbukti membantu tingkatkan memori, terutama bagi mereka yang berumur antara 50 hingga 89 tahun.

Jika mahu otak lebih cergas, hubungan intim yang konsisten boleh jadi salah satu rahsianya.

5. Imunisasi badan melemah

Kajian mendapati hubungan seks seminggu sekali boleh meningkatkan sistem imun.

Ini kerana seks membantu meningkatkan antibodi IgA dalam badan, sejenis antibodi yang penting untuk melawan kuman dan penyakit.

6. Masalah prostat bagi lelaki

Untuk kaum lelaki, kurang ejakulasi juga boleh meningkatkan risiko kanser prostat.

Kajian menunjukkan lelaki yang ejakulasi kurang dari tujuh kali sebulan lebih berisiko berbanding mereka yang lakukannya sekurang-kurangnya 21 kali sebulan.

7. Kualiti tidur menurun

Tanpa seks, badan kehilangan hormon penting seperti prolaktin dan oksitosin yang bantu tidur lebih lena.

Untuk wanita, peningkatan hormon estrogen selepas seks juga bantu tidur dengan lebih nyenyak.

Apabila tidur cukup, secara tak langsung ia bantu tingkatkan kembali keinginan untuk bersama.

8. Tekanan darah lebih tinggi

Seks membantu menurunkan tekanan darah kerana ia termasuk dalam kategori senaman ringan iaitu dengan melatih otot dan baik untuk kesihatan jantung.

Ia juga bantu kurangkan stres, sekaligus menstabilkan tekanan darah.

Artikel Lain

CEO GISB, 12 pemimpin dibebaskan