suria

Ayuh sertai Kempen Bonanza Akhir Tahun BSN... Peluang menang Proton e.MAS dan hadiah bulanan bernilai RM50,000!

Kempen Bonanza Akhir Tahun BSN menawarkan pelbagai hadiah menarik kepada pelanggan.

TAHUN 2025 semakin melabuhkan tirainya dan BSN mahu anda menutup tahun ini dengan lebih gemilang dan bermakna!

Bersedia untuk dua kempen istimewa yang penuh kejutan: Kempen Bonanza Akhir Tahun BSN dan BSN Gold On-The-Go, dari 1 Oktober hingga 31 Disember 2025!

Hadiah Utama: Proton e.MAS, Mobiliti Masa Depan Kini Milik Anda!

Pemenang bertuah bakal membawa pulang sebuah Proton e.MAS, kenderaan elektrik moden yang bukan sahaja bergaya, malah mesra alam dan menjimatkan kos jangka panjang.

Setiap bulan, 10 pemenang bertuah akan dipilih untuk memenangi hadiah-hadiah eksklusif bernilai sehingga RM50,000, seperti:

a) Pakej percutian mewah bernilai RM15,000

b) Sebuah motosikal baharu

c) Akaun pelaburan BSN MyGold Account-i bernilai RM5,000 untuk tiga pemenang bulanan

d) Baucar kelengkapan rumah bernilai RM2,000 untuk lima pemenang bulanan

Cara nak sertai? Semudah 1, 2, 3 je!

Hanya mohon mana-mana produk pembiayaan BSN yang layak sepanjang tempoh kempen dan anda berpeluang menang besar!

Produk yang terlibat termasuk:

1. Pembiayaan Peribadi BSN - Pilihan fleksibel untuk keperluan harian, pendidikan, pengubahsuaian rumah atau penyatuan komitmen.

2. Pembiayaan Perumahan BSN - Miliki rumah idaman dengan kadar keuntungan menarik dan margin pembiayaan tinggi.

3. Pembiayaan ASB BSN - Kukuhkan pelaburan jangka panjang untuk masa depan kewangan lebih stabil.

4. Pembiayaan Kenderaan BSN - Dapatkan kenderaan baharu dengan kadar dan margin terbaik, termasuk EV dan HEV!

Sama ada ingin membeli rumah, memiliki kereta baharu, melabur untuk simpanan masa depan atau menstruktur semula kewangan, BSN menyediakan produk pembiayaan yang bersesuaian untuk setiap keperluan pelanggannya.

Pelanggan bertuah juga berpeluang memenangi hadiah dalam bentuk emas menerusi Kempen BSN Gold On-The-Go.

Sebagai sebahagian daripada usaha mempromosikan pelaburan emas secara digital, BSN memperkenalkan Kempen BSN Gold On-The-Go di mana lebih 700 pelanggan bertuah akan berpeluang memenangi emas bernilai sehingga RM50,000 apabila melabur emas melalui aplikasi mudah alih myBSN Mobile.

Menariknya, pemenang mingguan, bulanan dan hadiah utama akan menerima hadiah emas dalam bentuk digital.

Kempen ini terbuka kepada semua pelanggan baharu dan pelanggan sedia ada. Untuk layak menyertai kempen ini, pelanggan baharu perlu membuka akaun BSN MyGold Account-i terlebih dahulu di cawangan BSN yang berdekatan.

Caranya mudah: Pelanggan hanya perlu melakukan transaksi pembelian emas melalui aplikasi mudah alih myBSN Mobile, dan berpeluang membawa pulang lebih banyak emas.

BSN MyGold Account-i merupakan sebuah akaun pelaburan emas digital yang membolehkan pelanggan melabur dalam emas sama ada melalui aplikasi mudah alih myBSN Mobile atau di kaunter cawangan BSN (over-the-counter).

Dengan pelaburan minimum serendah RM10, pelanggan kini boleh menikmati pelbagai kelebihan eksklusif melalui BSN Gold On-The-Go, antaranya:

a) Disokong 100% oleh emas fizikal sebenar

b) Harga terkini dan kompetitif bagi pembelian serta penjualan emas

c) Ketenangan fikiran tanpa perlu menyimpan emas secara fizikal

d) Pilihan untuk menebus emas fizikal (tertakluk kepada terma dan syarat)

e) Kemudahan menyemak baki, status pelaburan dan transaksi emas terus melalui aplikasi myBSN Mobile

Sebagai sebuah institusi kewangan yang prihatin dan progresif, BSN terus berperanan aktif dalam memperkasa kesejahteraan kewangan rakyat Malaysia melalui penyediaan produk dan kemudahan pembiayaan yang menyeluruh untuk semua lapisan masyarakat.

Selaras dengan visi "Tiada Rakyat Malaysia yang Ketinggalan", BSN komited untuk memastikan setiap rakyat Malaysia memiliki akses kepada kemudahan kewangan yang inklusif, mudah dan selamat.

Kempen istimewa hujung tahun ini bukan sekadar peluang untuk menang — tetapi juga tanda penghargaan BSN terhadap sokongan berterusan pelanggan setia kami di seluruh negara.

Tunggu apa lagi? Inilah masa terbaik untuk merealisasikan impian anda, menambah nilai pelaburan, dan berpeluang memenangi hadiah lumayan yang ditawarkan sepanjang kempen ini!

Untuk maklumat lanjut mengenai Kempen Bonanza Akhir Tahun BSN dan Kempen BSN Gold On-The-Go, layari laman web rasmi BSN di www.bsn.com.my.

Dengan BSN, Segalanya Lebih Bermakna.

Artikel Lain

CEO GISB, 12 pemimpin dibebaskan