suria

Mungkin ramai tak sedar, doktor kongsi 6 ciri tersembunyi ADHD dialami orang dewasa

Segelintir individu dewasa tidak menyedari mereka mempunyai ciri-ciri ADHD. -Gambar hiasan

GANGGUAN Hiperaktif dan Kurang Tumpuan (ADHD) bukan hanya melibatkan kanak-kanak, malah ramai orang dewasa juga mengalami keadaan ini tanpa disedari.

ADHD adalah gangguan neurodevelopment yang menyebabkan seseorang menghadapi kesukaran mengawal perhatian, menguruskan impuls dan kekal tenang dalam situasi tertentu.

ARTIKEL BERKAITAN:Bersikap dingin, buat salah tapi tak menyesal… Kenali tanda-tanda awal anak ada ciri psikopat

Walaupun gejala biasanya dikesan sejak kecil, ada kes yang hanya dikenal pasti apabila individu sudah dewasa kerana tanda-tanda ADHD kadang-kadang sukar dikesan atau disalah tafsir.

Seorang pakar psikiatri, Dr Ali Ajaz, yang kerap membuat perkongsian kesihatan kepada 97,600 pengikutnya di TikTok merhuraikan enam 'ciri tersembunyi' ADHD dalam kalangan individu dewasa.

1. Fokus berlebihan pada aktiviti menarik

Individu dengan ADHD boleh terlalu fokus pada sesuatu perkara yang mereka gemari sehingga terlupa masa dan persekitaran sekeliling. Ini kadangkala dilihat sebagai 'kuasa ajaib' kerana boleh membuat seseorang sangat produktif dalam sesuatu tugas.

2. Dorongan seks berlebihan atau rendah

Ada yang mengalami dorongan seks yang tinggi sebagai sebahagian daripada keperluan untuk mencari rangsangan dan dopamin atau sebagai cara untuk melegakan tekanan. Namun, bagi sesetengah individu ini juga, aktiviti seks memerlukan tumpuan yang tinggi sehingga menjadi beban.

Child therapy session with counseling at the office. Kid suffering from mental problem and psychotherapist at clinic.ADHD lazimnya boleh dikesan sejak kecil. -Gambar hiasan

3. Makan secara berlebihan

Otak ADHD sering mencari rangsangan, dan makanan menjadi cara mudah untuk memuaskan keinginan tersebut. Ini menyebabkan seseorang mudah makan secara berlebihan tanpa kawalan.

4. Sensitif terhadap penolakan

Kritikan walaupun sedikit boleh dirasakan sangat menyakitkan, menyebabkan seseorang itu mudah berfikir berlebihan dan menjauhkan diri daripada orang lain.

5. Rendah diri

Sering diberitahu 'kamu tidak cukup baik' atau 'kamu perlu berusaha lebih keras' menyebabkan individu ini cenderung rendah diri.

6. Masalah usus

Ramai orang dengan ADHD kerap mengalami masalah perut seperti kembung, sakit, sembelit atau cirit-birit. Ini berlaku kerana otak dan usus saling berkait (gut-brain axis).

Artikel Lain

CEO GISB, 12 pemimpin dibebaskan