suria

Che Nom kongsi tip rebus spageti, tekstur ‘al-dente’ macam restoran Itali... Selama ini ramai silap teknik

Cara merebus spageti memainkan peranan penting untuk memastikan hidangan pasta menjadi sempurna. -Gambar hiasan Freepik (kiri)

KEBANYAKAN individu suka menikmati spageti tetapi masih ramai yang merebusnya dengan teknik salah.

Kadangkala, spageti menjadi terlalu lembik atau teksturnya tidak seperti diharapkan.

Sebenarnya, cara merebus spageti memainkan peranan penting untuk memastikan hidangan pasta menjadi sempurna, terutama bagi resipi ringkas seperti Aglio Olio yang menonjolkan rasa asli bahan-bahan utamanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Tukang masak bocor rahsia bancuhan celup tepung ala Pantai Timur... Rupanya ada satu pantang larang jika mahu adunan kekal rangup

Selebriti masakan terkenal, Che Nom, berkongsi tip bagaimana untuk merebus spageti dengan betul bagi menghasilkan hidangan Aglio Olio yang sedap dan cukup rasa. 

Dengan langkah yang mudah ini, sesiapa pun boleh menyediakan spageti yang kenyal, tidak melekat dan menyerap sos dengan baik, persis seperti di restoran Itali!

Berikut adalah cara merebus spageti untuk membuat Aglio Olio, sebagaimana perkongsian Che Nom: 

1. Didihkan air tiga hingga empat liter dalam periuk. Tutup supaya air cepat mendidih

2. Bila sudah mendidih, masukkan satu sudu kecil garam 

3. Kemudian masukkan pasta dalam anggaran 160 gram ke 200 gram (untuk dua orang makan).

4. Rebus hingga spageti 80 peratus masak. Contohnya, jika arahan pada peket menyatakan rebus hingga 10 minit, kurangkan kepada lapan minit untuk mencapai tahap al-dente (gigitan sempurna)

Tip penting, jangan tambah minyak zaitun dalam air rebusan.

5. Ambil seurat spageti. Tip untuk memastikan ia sudah masak mencapai tahap al-dente adalah ia lembut, mudah putus dan 'rangup' apabila digigit.

6. Angkat spageti dan boleh teruskan ke dalam kuali yang ditumis bahan-bahan Aglio Olio. 

Artikel Lain

CEO GISB, 12 pemimpin dibebaskan