AEON Bank, bank digital patuh syariah pertama di Malaysia menyambut ulang tahun pertamanya pada 26 Mei. Sempena detik bermakna tersebut, AEON Bank ingin menzahirkan rasa penghargaan kepada para pelanggannya di seluruh negara.
Dalam tempoh hanya setahun beroperasi, AEON Bank telah meraih pengiktirafan sebagai bank digital pilihan utama rakyat Malaysia yang sering menggunakan aplikasi mudah alihnya yang mesra pengguna, di samping Kad Debit-i untuk urusan pembayaran digital dan transaksi atas talian.
Ketua Pegawai Eksekutif AEON Bank, Raja Teh Maimunah Raja Abdul Aziz berkata, dalam landskap digital hari ini, pengguna inginkan produk dan perkhidmatan perbankan yang mudah diakses, selamat dan selaras dengan gaya hidup mereka.
Menurut beliau, sejak permulaan operasi secara rasmi setahun yang lalu, AEON Bank gigih berusaha untuk mempermudahkan urusan perbankan untuk segenap lapisan masyarakat.
“Dalam komitmen kami untuk berkembang seiring dengan keperluan rakyat Malaysia, kami terus memperbaiki dan memperhalusi produk dan perkhidmatan kami demi memenuhi keperluan perbankan para pelanggan dengan lebih baik.
“Berpegangkan kepada prinsip bahawa perbankan digital seharusnya mesra pelanggan dan inklusif, kami berharap semua individu dapat turut serta dalam ekonomi digital yang berkembang pesat tanpa rasa terpinggir.
“Ulang tahun pertama ini amat bermakna buat kami kerana ia mencerminkan kepercayaan para pelanggan terhadap AEON Bank. Justeru, saya ingin merakamkan penghargaan ikhlas kepada semua pelanggan yang sedia ada, di samping mengalu-alukan mereka yang baharu menyertai kami,” katanya dalam satu kenyataan.
Memacu ekonomi digital Malaysia
Kewujudan dan pembangunan AEON Bank dalam sektor perbankan digital turut mencerminkan sumbangannya dalam perkembangan ekonomi digital negara.
Menerusi perkhidmatan perbankan digital yang patuh Syariah dan inklusif, AEON Bank turut memainkan peranan penting dalam membangkitkan industri teknologi kewangan (fintech) Malaysia.
Di samping itu, ia turut komited membina masa depan kewangan yang lebih inklusif untuk semua, termasuk golongan yang tidak mempunyai akses kepada perkhidmatan perbankan, serta mereka yang mungkin tidak terangkum dalam arus ekonomi.
Meriahkan sambutan dengan AEON Bank One-derful Anniversary Show
Sempena ulang tahun pertama ini, AEON Bank mengajak para pelanggan dan orang ramai untuk turut serta memeriahkan sambutan menerusi AEON Bank One-derful Anniversary Show di saluran rasmi YouTube AEON Bank.
Pelanggan berpeluang menebus tawaran istimewa melalui Neko Missions dan memenangi hadiah hebat peraduan Positively Pink Grand Prizes.
Selain itu, seramai tujuh pemenang bertuah juga berpeluang memenangi hadiah menarik menerusi peraduan AEON Bank One-derful Giveaway.
Bagi menyertai peraduan ini, pelanggan hanya perlu menggunakan Kad Debit-i AEON Bank untuk pembelian barangan runcit bernilai minimum RM50 di mana-mana pasar raya, ikuti akaun Instagram @aeonbankmy dan hantarkan maklumat lengkap serta tangkap layar resit pembelian melalui DM, tertakluk terma dan syarat.
Keunikan Kad Debit-i yang menawarkan pulangan tunai berganda untuk pembelian barangan dapur dan banyak lagi.
Bagi meraikan detik bermakna ini, AEON Bank turut memperkenalkan Kad Debit-i AEON Bank Edisi Terhad Ulang Tahun sempena Grocery Rewards Campaign yang berlangsung dari 26 Mei hingga 31 Disember 2025.
Unik berbanding kad debit biasa, Kad Debit-i AEON Bank x Grocery Rewards Campaign ini menawarkan pulangan tunai minimum 4 peratus, tanpa perbelanjaan minimum bagi pembelian barangan runcit di mana-mana pasar raya di seluruh negara, tertakluk kepada terma dan syarat.
* Dapatkan 8x + 1x = 9x Mata Ganjaran AEON dengan pembelian barangan runcit menggunakan Kad Debit-i AEON Bank di Pusat Beli-Belah AEON, AEON BiG dan Max Valu dengan mengimbas QR keahlian di aplikasi AEON Bank
* Dapatkan 8x Mata AEON apabila membeli barangan runcit dengan Kad Debit-i AEON Bank di gedung runcit lain
Dengan, setiap ringgit yang dibelanjakan melalui Kad Debit-i AEON Bank, para pelanggan akan meraih mata ganjaran AEON yang boleh ditukarkan terus kepada pulangan tunai. Mata ganjaran AEON yang terkumpul itu kemudiannya boleh ditebus kepada nilai tunai yang akan dikreditkan terus ke dalam Akaun Simpanan-i anda.
Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Komersial PayNet, Azrul Fakhzan Mainor berkata, bank digital merupakan pemangkin sektor perbankan dan fintech Malaysia.
“Ia komited dalam memacu penggunaan pembayaran digital, lantas memudahkan transaksi tanpa tunai dan membolehkan kita untuk menjadi sebuah masyarakat tanpa tunai sepenuhnya.
“Sempena ulang tahun pertama AEON Bank, PayNet komited dalam usaha untuk memperkukuhkan kerjasama strategik dengan memperkasakan perkhidmatan inovatif, merapatkan jurang digital dan memperluas ekosistem fintech yang lebih inklusif dan mudah diakses oleh semua lapisan komuniti," katanya.
Reka bentuk baharu Kad Debit-i AEON Bank Edisi Terhad Ulang Tahun boleh didapati tidak lama lagi. Nantikan.
Kawal urus kewangan dengan Pembiayaan Peribadi-i dan Deposit Bertempoh-i
Menyedari hakikat bahawa terdapat rakyat Malaysia menghadapi cabaran untuk mengurus keperluan kewangan mereka, manakala ada pula yang ingin mengoptimumkan simpanan untuk mencapai matlamat kewangan, AEON Bank kini menawarkan dua produk Perbankan Peribadi iaitu; Pembiayaan Peribadi-i dan Deposit Bertempoh-i.
Pembiayaan Peribadi-i (PF-i) menawarkan sokongan kewangan jangka pendek kepada mereka yang ingin mendekatkan jurang aliran tunai.
Sebagai contoh, seorang pelanggan bernama Sofia yakin akan menerima bonus pada bulan hadapan, namun deposit untuk pengubahsuaian dapur idamannya perlu dibayar pada minggu ini. Selepas membuat pertimbangan, dia memilih PF-i kerana ia menawarkan pembiayaan patuh Syariah sehingga RM50,000 tanpa cagaran, dengan tempoh bayaran fleksibel antara 3 hingga 48 bulan. Malahan, ia lebih mudah kerana permohonan boleh dilakukan sepenuhnya secara atas talian melalui aplikasi mudah alih AEON Bank, tanpa dokumen fizikal atau kunjungan ke kaunter.
Manakala bagi pelanggan yang ingin menggandakan simpanan, Deposit Bertempoh-i (TD-i) menawarkan kadar keuntungan memberangsangkan bagi deposit jangka tetap, dengan beberapa tempoh pilihan pembayaran yang fleksibel, serta kadar keuntungan sehingga 3.08 peratus setahun.
Tambatkan matlamat kewangan dengan ‘Savings Pot’ AEON Bank
Bagi pelanggan yang cakna kewangan, mereka memahami betapa pentingnya menyimpan untuk keperluan kecemasan, mahupun demi mencapai impian masa hadapan.
Manakala ada juga pelanggan yang berhasrat ingin memiliki rumah idaman atau merancang percutian hujung tahun. Savings Pot AEON Bank mampu memudahkan proses tersebut, sambil membantu pelanggan menjana keuntungan bermakna.
Para pelanggan hanya perlu mencipta ‘Savings Pot’, pindahkan jumlah yang diingini dari Akaun Simpanan-i ke dalam ‘Savings Pot’, dan nikmati kadar keuntungan 3 peratus setahun. ‘Savings Pot’ juga menawarkan fleksibiliti untuk menambah atau mengeluarkan simpanan pada bila-bila masa menerusi aplikasi AEON Bank.
Jika anda mendambakan pengalaman perbankan digital yang berlainan, bulan sambutan ulang tahun AEON Bank ini adalah masa terbaik untuk memanfaatkan pelbagai tawaran menarik.
Sama ada ia ganjaran pulangan tunai, mahupun kemudahan perbankan yang berpaksikan digital, ayuh bijak mengorak perjalanan perbankan bersama AEON Bank sebagai teman digital anda ke arah merancang perbelanjaan yang bijak serta menggandakan simpanan.
Untuk maklumat lanjut, layari laman rasmi AEON BANK, ikuti saluran media sosial rasmi AEON Bank, muat turun aplikasi AEON Bank dan ingat untuk saksikan sambutan One-derful Anniversary Show di YouTube rasmi AEON Bank untuk menangi hadiah menarik.