PERNAHKAH anda terfikir apa yang berlaku kepada data-data dalam laptop lama selepas ia dijual atau ditukar beli (trade-in)?
Ramai terlepas pandang walaupun sebenarnya ada benda penting yang wajib dilakukan sebelum menjual atau trade-in laptop bagi mengelakkan anda berdepan masalah besar khususnya melibatkan maruah.
ARTIKEL BERKAITAN: Baru isi ‘full tank’ tapi tak tahan lama... Ini mungkin penyebab kereta anda kuat ‘makan’ minyak
Dalam satu hantaran di laman sosial, seorang juruteknik komputer, Abu Hurairah Roslan berkongsi situasi mengejutkan apabila menerima sebuah laptop terpakai daripada seorang pelanggan wanita.
"Ini adalah laptop yang dijual dan ditukar beli oleh pelanggan. Pelanggannya adalah seorang perempuan. Apa salahnya?
"Satu saja. Segala data dan maklumat ada dalam laptopnya. Gambar, video, aksi, assignment dan segalanya ada. Laptop ni kalau dapat pada orang lain, saya jamin mereka boleh buat duit dengan data-data ni.
Ramai individu terlepas pandang untuk 'membersihkan' data dalam laptop mereka sebelum menjualnya kepada pihak lain. -Gambar hiasan
"Gambar boleh dijual. Kalau ada gambar tanpa pakai baju atau video mesra, lagilah tinggi harganya," kongsinya.
Justeru dia mengingatkan orang ramai khususnya wanita agar melakukan beberapa langkah keselamatan sebelum trade-in atau menjual laptop untuk menjamin segala data tidak jatuh ke tangan orang lain.
Berikut adalah langkah keselamatan yang dikongsikannya:
1. Cut and paste semua data yang ada sama ada di partion C atau D, atau di dalam mana-mana saja folder yang anda simpan dalam laptop.
2. Format semula laptop anda. Kalau boleh buat sendiri lagi baik.
3. Jangan simpan gambar atau video peribadi dalam Hard Disk Drive (HDD) laptop. Simpan dalam external HDD.
4. Jika susah melakukan kesemua langkah di atas, ketika mahu menjual atau trade-in, ambil hard disk yang ada dalam laptop. Hard disk laptop boleh dijadikan external hard disk atau boleh dipindah ke laptop baru yang lain.