suria

Rupanya cicak tak suka warna estetik... Lelaki merungut rumah jiran guna lampu kuning ‘bebas’ tahi hitam putih!

Pengguna media sosial tampil dengan teori yang mengatakan cicak lebih tertarik kepada lampu berwarna putih. -Gambar hiasan

PERKONGSIAN seorang individu tentang kaitan antara kehadiran cicak dengan warna lampu di kediamannya kecoh menjadi perdebatan warga maya.

Berdasarkan pemerhatian, lelaki itu berpendapat cicak lebih suka lampu berwarna putih berbanding lampu kuning yang dianggap lebih estetik.

Mengikut teorinya juga, mereka yang menggunakan lampu putih akan berkemungkinan berdepan masalah tahi cicak yang lebih tinggi.

"Lampu kuning rumah jiran, lampu putih rumah saya. Apabila perhati, cicak suka lampu putih. Penuh tahi cicak bawah tu.

"Rumah jiran tak ada pula cicak. Sebab ia tak suka lampu kuning atau binatang terbang (kelkaltu) makanannya tu yang tak suka," tulis lelaki itu.

Di ruangan komen, seorang wanita turut memberi penjelasan menarik berkaitan topik itu.

Ramai individu berdepan masalah tahi cicak di kediaman mereka. -Gambar hiasan

"Lampu putih jumlah tenaga daripada cahaya lebih tinggi berbanding lampu kuning yang kurang tenaga cahaya.

"Serangga mendapat tenaga daripada cahaya. Jadi serangga lebih suka cahaya putih.

"Apabila serangga hurung lampu putih, maka cicak pun datang menunggu makanannya," tulis wanita itu.

Beberapa netizen yang lain turut berbalas pendapat mengenai teori berkenaan.

"Taklah, sama je. Mungkin jiran awak tu rajin menyapu. Awal pagi sebelum awak bangun jiran tu dah siap kemas rumah.

"Aku pasang lampu kuning, ada je cicak berak kat depan rumah.

"Perasan tak orang camping guna lampu kuning atau warm color. Salah satunya untuk elak haiwan kecil terbang berlegar kat lampu.

"Serangga akan tertarik kepada lampu cerah. Jadi makanan cicak banyak kat situ," tulis beberapa netizen lagi.

Artikel Lain

Sheqal meninggal dunia