RAMAI dalam kalangan kita yang suka meletakkan pokok hidup sebagai hiasan di dalam rumah.
Ia bukan sahaja cantik dipandang, malah dikatakan mampu membersihkan udara sekeliling.
Namun, adakah betul tumbuh-tumbuhan itu mampu 'menapis' udara yang kita hirup setiap hari?
Jangan terkejut jika fakta itu sebenarnya dianggap 'mitos separuh jalan' sahaja.
Salah faham
Kajian Pentadbiran Angkasa Lepas dan Aeronautik Kebangsaan (NASA) pada tahun 1989 mendapati beberapa jenis tumbuhan seperti peace lily, spider plant dan snake plant boleh menyerap bahan pencemar udara seperti formaldehid dan benzena.
Rumah perlu dibersihkan dengan kerap untuk memastikan ia bebas habus. -Gambar hiasan
Namun, ada satu perkara penting yang ramai orang terlepas pandang mengenai kajian itu.
Pertamanya kajian itu dijalankan dalam ruang makmal tertutup, bukan dalam rumah biasa yang mempunyai tingkap, kipas, serta kehadiran manusia.
Malah, kajian itu merupakan sebahagian daripada misi ruang angkasa mereka, bertujuan mencari cara menyediakan udara bersih dan selamat dalam stesen angkasa dan kapal angkasa yang tertutup rapat tanpa pengudaraan luar.
Realiti sebenar
Menurut kajian susulan oleh saintis dari University of Washington, untuk tumbuhan benar-benar memberi kesan besar kepada kualiti udara dalam rumah, anda perlu meletakkan sekurang-kurangnya 93 pokok per meter persegi.
Jadi, adakah pokok indoor ini berguna? Jawapannya, pokok tetap boleh membantu menenangkan minda, mengurangkan stres dan menjadikan ruang lebih ‘hidup’ serta mendamaikan.
Namun, ia tidak berupaya untuk membersihkan udara di dalam rumah jika anda sekadar meletakkan beberapa pokok sahaja.
Nak udara bersih? Pastikan rumah anda memiliki sistem pengudaraan baik, bersihkan kipas dan pendingin hawa serta kurangkan pembakaran lilin atau semburan bahan kimia.