suria

Tak salah sertai himpunan politik, tapi lebih baik jika ada sedikit pengetahuan am! Ini senarai MB negeri masing-masing

Himpunan politik yang dianjurkan pada Sabtu lalu berlangsung dengan aman.

TULAR di media sosial sebuah video memaparkan seorang individu yang dipercayai tidak tahu atau mungkin tersilap sebut nama Menteri Besar Terengganu ketika menyertai Himpunan Turun Anwar anjuran parti pembangkang pada Sabtu lalu.

Nampak macam perkara remeh, tapi insiden itu mencetuskan perbualan hangat dalam kalangan netizen yang rata-rata baru sedar bahawa masih ramai rakyat keliru atau tidak tahu siapakah individu yang mentadbir negeri masing-masing.

Bagi yang masih tercari-cari atau ingin semak semula, berikut senarai Menteri Besar dan Ketua Menteri di seluruh Malaysia bagi tahun 2025 mengikut penggal atau jawatan baharu.

Semenanjung Malaysia

1. Menteri Besar Perlis (Mohd Shukri Ramli)

Parti: PAS

Mula berkhidmat: November 2022

2. MB Kedah (Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor)

Parti: PAS

Mula berkhidmat: Ogos 2023

3. Ketua Menteri Pulau Pinang (Chow Kon Yeow)

Parti: DAP

Mula berkhidmat: Ogos 2023

4. Menteri Besar Perak (Datuk Seri Saarani Mohamad)

Parti: Barisan Nasional

Mula berkhidmat: November 2022

5. Menteri Besar Selangor (Datuk Seri Amirudin Shari)

Parti: PKR

Mula berkhidmat: Ogos 2023

6. Menteri Besar Negeri Sembilan (Datuk Seri Aminuddin Harun)

Parti: PKR

Mula berkhidmat: Ogos 2023

7. Ketua Menteri Melaka (Datuk Seri Ab Rauf Yusoh)

Parti: Barisan Nasional

Mula berkhidmat: Mac 2023

8. Menteri Besar Johor (Datuk Onn Hafiz Ghazi)

Parti: Barisan Nasional

Mula berkhidmat: Mac 2022

9. Menteri Besar Pahang (Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail)

Parti: Barisan Nasional

Mula berkhidmat: November 2022

10. Menteri Besar Terengganu (Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar)

Parti: PAS

Mula berkhidmat: Ogos 2023

11. Menteri Besar Kelantan (Datuk Mohd Nassuruddin Daud)

Parti: PAS

Mula berkhidmat: Ogos 2023

Sabah dan Sarawak

12. Ketua Menteri Sabah (Datuk Seri Hajiji Noor)

Parti: GRS (Gabungan Rakyat Sabah)

Mula berkhidmat: September 2020

13. Premier Sarawak (Tan Sri Abang Johari Tun Openg)

Parti: PBB (Parti Pesaka Bumiputera Bersatu)

Mula berkhidmat: Mac 2022

Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan)

Ditadbir terus oleh Kerajaan Persekutuan dan tiada jawatan Menteri Besar atau Ketua Menteri.

Mengenali pemimpin negeri bukan semata-mata sebab politik, tapi juga penting untuk mengetahui siapa yang bertanggungjawab mengurus dasar, ekonomi, bencana dan kebajikan rakyat. 

Artikel Lain