SEORANG peniaga kecil akhirnya mengenakan caj RM10 sejam bagi sesiapa yang mahu menumpang mengecas telefon di premisnya.
Tindakan peniaga lelaki itu selepas berdepan pelbagai pengalaman tidak menyenangkan dengan pelanggan yang terdiri dalam kalangan orang tempatan dan juga warga asing.
Menurutnya, pada peringkat awal dia tidak bermasalah untuk membantu, namun lama kelamaan ia menyusahkan diri dan keluarga.
"Selalu warga asing dalam dua, tiga orang datang minta tumpang cas, aku maklum tak boleh tapi mereka kata sekejap ja, ada juga orang Malaysia yang macam tu.
"Tapi tengah hari tadi buat aku panas, seorang ni datang kata nak cas sekejap, anak aku pun ok tapi apabila dia nak rehat, tuan telefon ni tak muncul-muncul," kongsinya di media sosial.
Terdapat pelanggan yang mengambil kesempatan dengan menumpang cas telefon. -Gambar hiasan
Namun ketika anaknya sedang berehat untuk makan dan solat, pemilik telefon menghubunginya dan mendesak agar pintu kedai dibuka segera.
"Dia suruh buka pintu sebab nak ambil telefon, aku kata anak aku rehat lima minit, sekejap lagi dia datang.
"Dia kata tak boleh sebab ada kerja lain, dia sampai marah-marah. Sekarang ni aku ambil pendekatan untuk kenakan bayaran mengecas sebanyak RM10 bagi tempoh sejam, puas hati," katanya.
Tip untuk peniga kecil berdepan situasi seperti ini.
1. Tampal notis tegas dan mudah difahami
- Harap maklum: Kedai ini tidak menyediakan perkhidmatan mengecas telefon.
- Sila pastikan telefon anda dicas sebelum datang.
2. Sembunyikan plug dan soket
- Tutup atau sorok soket yang nampak jelas.
3. Beri alasan bisnes
- Contohnya bekalan elektrik terhad, kami perlu utamakan peralatan kedai.
- Bunyi lebih profesional, pelanggan pun faham.
4. Elak pegang telefon pelanggan
- Kalau pernah benarkan mereka cas, jangan benarkan lagi.
- Sekali benarkan, mereka akan datang semula.
5.Tawarkan alternatif
- Cadangkan kepada mereka beli powerbank kecil yang dijual di kedai anda
- Jadi, masalah bertukar jadi peluang jualan.