suria

"Malunya!" - Wanita terkejut dapat notifikasi lepas buat 'screenshot' di Instagram, ini 6 perkara anda perlu tahu

Notifikasi memaklumkan terdapat individu yang membuat rakaman mesej. -Gambar hiasan

SEORANG pengguna media sosial meluahkan rasa terkejut apabila tindakannya melakukan tangkap layar (sceenshot) mesej perbualan bersama rakan di laman Instagram diketahui individu tersebut.

"Korang, sejak bila Instagram (IG) maklumkan kalau kita screenshot DM (direct message) dengan orang? Malunya," luahnya di laman Threads.

Menerusi satu lagi hantaran berasingan, pengadu turut berkongsi paparan 'screenshot' notifikasi yang dipercayai dihantar oleh individu tersebut kepadanya.

Bagi anda yang masih belum jelas mengenai paparan notifikasi tersebut, ini perkara penting yang perlu diketahui.

1. Paparan notifikasi sekiranya ada individu yang melakukan 'screenshot' mesej di IG bukanlah ciri baharu sebaliknya telah dikemas kini secara berperingkat sejak 2018.

Tangkap layar notifikasi yang dikogsikan pelayar terbabit.

Tangkap layar notifikasi yang dikogsikan pelayar terbabit.

2. Notifikasi hanya dimaklumkan kepada individu terbabit sekiranya mesej ditetapkan kepada 'bersifat sementara' atau 'disappearing messages'.

3. Ia juga berlaku pada gambar atau video yang ditetapkan hanya boleh dilihat sekali atau dalam tempoh terhad.

4. Perbuatan merakam skrin pertama kali akan dimaklumkan menerusi notifikasi, namun jika individu sama melakukannya secara berterusan, perbuatan itu hanya direkodkan dalam statistik pemilik akaun yang dirakam.

5. Screenshot pada mesej biasa mahupun gambar atau video yang bersifat 'kekal' tidak akan dimaklumkan.

6. Sehingga kini, Instagram masih belum mengaktifkan notifikasi tangkapan skrin untuk mesej atau story biasa. 

Namun begitu, terdapat khabar angin mengatakan platform ini sedang menguji ciri baharu yang membolehkan pemberitahuan lebih meluas berkaitan aktiviti tangkapan skrin.

 

Artikel Lain