suria

Anak kerap demam, mak ayah letih ke klinik... Wanita ajar petua akar tuba - "Puas berubat cara moden, berbaliklah pada alam"

Akar tuba terkenal sebagai racun yang digunakan untuk menangkap ikan.

ANAK yang kerap sakit dan demam, pasti membuatkan ibu bapa risau.

Lebih membimbangkan apabila ubat-ubatan yang diberikan doktor seolah-olah tidak memberi kesan kerana demam yang dialami sering berulang.

Bagi anda yang sudah mendapatkan rawatan perubatan moden, apa kata cuba kaedah tradisional pula seperti perkongsian Nancy Baun di laman TikTok.

Menurutnya, kaedah mengasapkan seluruh rumah menggunakan akar tuba dapat membantu membasmi kuman.

Malah katanya, anak-anaknya juga sudah lama tidak mengalami gejala demam.

"Jika anda sudah puas berubat cara moden, berbaliklah pada alam," katanya.

Rumah diasapkan dengan akar tuba yang telah dibakar.

Rumah diasapkan dengan akar tuba yang telah dibakar.

Untuk pengetahuan, akar tuba biasanya digunakan untuk meracun ikan yang hendak ditangkap kerana mengandungi toksin ‘rotenone’.

Selain itu, ia biasanya ditumbuk atau dikeringkan sebelum dikisar menjadi serbuk untuk digunakan sebagai pembunuh serangga perosak dalam kawasan tanaman.

Bahan-bahan:

Akar tuba

Kaedah:

1. Keringkan akar tuba dan ikat simpul bagi memudahkannya dibakar.

2. Kemudian bakar sehingga menyala dan padam apabila sebahagiannya telah menjadi arang.

3. Letakkan di dalam piring atau bahan yang tidak mudah terbakar atau tahan panas.

4. Perasapkan seluruh bilik dan ruang yang ada di rumah.

 

Artikel Lain