SUBSIDI minyak bersasar atau inisiatif BUDI MADANI (BUDI95) terus mendapat pelbagai reaksi daripada rakyat Malaysia.
Ada yang menzahirkan rasa gembira kerana yakin sistem yang diamalkan itu lebih tulus dan dapat mengelakkan ketirisan mahupun aktiviti penyeludupan minyak di sempadan negara.
Tidak kurang juga yang menyifatkan ia langkah terbaik untuk menghalang bukan warganegara mendapat manfaat subsidi.
Semakan kelayakan boleh dibuat menerusi sistem yang diperkenalkan Kementerian Kewangan.
Segelintir individu pula meminta kerajaan mengkaji semula sasaran penerima, dengan memberikan pelbagai alasan seperti yang disuarakan wanita ini.
Menerusi hantaran di Facebook, wanita berkenaan mempersoalkan kelayakan subsidi minyak kepada mereka yang tidak memiliki lesen kenderaan.
"Saya tak layak dapat subsidi minyak sebab tak ada lesen kenderaan, jadi kena harapkan 300 liter yang suami dapat sahaja.
ARTIKEL BERKAITAN: Orang awam dah boleh semak kelayakan BUDI95, 2.4 juta rakyat Malaysia hilang kelayakan secara automatik
"Kami cari rezeki dengan ulang alik Perak ke Kuala Lumpur, ulang alik tengok anak-anak di asrama dan universiti, tengok mak di kampung.
"Ulang alik jarak yang jauh untuk buat kerja sosial lagi... tak apalah. Semoga Allah murahkan rezeki saya dan suami.
"Allah dah tarik nikmat subsidi minyak masak, petrol, diesal, telur, tarif elektrik... kena reda," luahnya.
Untuk rekod, golongan yang layak menerima BUDI95 adalah warganegara yang mempunyai Lesen Memandu Kompeten (CDL) sah.
Malah mereka yang memiliki lesen namun telah terbatal melebihi tiga tahun perlu memperbaharui lesen dengan mengikuti ujian memandu.