RAMAI yang beranggapan hanya golongan profesional dan berpendidikan tinggi sahaja layak memperoleh gaji lumayan.
Di laman Facebook, seorang jurutera berkongsi beberapa pekerjaan yang boleh menjana pendapatan besar bagi mereka yang tidak berkelulusan tinggi.
Walau bagaimanapun, ujar Hamizi Hamdan, pekerjaan tersebut dikategorikan sebagai berisiko tinggi.
"Sekiranya anda tidak mempunyai kelulusan tinggi, pergi ambil lesen bawa jentera seperti jentera penggali (excavator), jentera penyodok belakang atau jengkaut (backhoe), kren mudah alih (mobile crane), kren menara (tower crane) dan lain-lain.
Individu yang tidak berkelulusan tinggi berpeluang mejana pendapatan lebih di tapak pembinaan. -Gambar hiasan
"Banyak mesin kat tapak pembinaan ni, gaji mereka paling minima adalah RM2,500. Gaji operator kren lagi besar dan itu belum termasuk kerja lebih masa (OT).
"Setakat nak dapat RM5,000 hingga RM10,000 sebulan memang selamba," ujarnya sambil berkongsi beberapa cabaran yang perlu dilalui.
ARTIKEL BERKAITAN: Bekas jurutera kongsi tip lepasan SPM pilih bidang pengajian... Jurusan ‘gempak’, sukar bukan jaminan cerah masa depan
Menurut Hamizi, ramai yang beranggapan kerja tersebut kurang popular selain sibuk sehingga tidak mempunyai masa untuk melayan media sosial semasa bertugas.
Selain itu, antara cabaran yang perlu dihadapi adalah pekerja terlibat perlu berpanas dan kulit cenderung untuk menjadi gelap.
Malah pekerja juga tidak mempunyai masa untuk keluar dari lokasi kerana sering dicari.