BUKAN sekadar cantik dipandang kerana berwarna-warni, bunga chrysanthemum atau kekwa mempunyai pelbagai manfaat selain dijadikan hiasan laman rumah.
Bagi penggemar teh, amalan menikmati air rendaman chrysanthemum boleh mengurangkan rasa stres yang dialami.
Malah ia juga membantu meningkatkan kualiti tidur seseorang di samping melancarkan pencernaan.
Jika dijadikan hiasan laman, bunga chrysanthemum terkenal sebagai penghalau serangga.
Menurut pengguna akaun TikTok, Kedai Barang Kebun, bunga yang mudah tumbuh dan berbunga ini menjadikan rumah bebas daripada serangga termasuk lalat.
Paling menarik, ia mengambil masa hanya sebulan untuk tumbuh dan berbunga.
"Lepas disemai, lebih kurang sebulan je dah boleh nampak bunga dan waktu kembang pun lama.
"Bunga chrysanthemum dikenali sebagai jaguh halau serangga, apabila berbunga nyamuk dan lalat tidak berani datang.
"Rumah pun aman tanpa gangguan serangga," ujarnya.