suria

Daftar saja eCOSS untuk urusan beli minyak masak peket bersubsidi lebih lancar

Sistem eCOSS merekodkan transaksi minyak masak dari pengilang hinggalah ke pengguna bagi menangani isu ketirisan minyak masak peket bersubsidi.

KEMENTERIAN Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup sedang memperluaskan penggunaan sistem Skim Penstabilan Harga Minyak Masak (eCOSS) kepada aplikasi mudah alih bagi menangani isu ketirisan minyak masak peket bersubsidi.

Sistem ini akan merekodkan transaksi minyak masak dari pengilang hinggalah ke pengguna, sekali gus memastikan bantuan subsidi benar-benar sampai kepada rakyat.

ARTIKEL BERKAITAN: Ulang alik banyak tempat, isteri tiada lesen memandu merungut tak dapat BUDI95... Kuota suami sahaja tak cukup!

Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, sistem berkenaan ketika ini masih berada di peringkat perintis yang dilaksanakan menerusi Jualan Rahmah.

Dalam pelaksanaan itu, pengguna mesti mengimbas kod QR dan mengesahkan identiti menggunakan MyKad setiap kali membeli minyak masak subsidi.

Pembelian minyak masak peket bersubsidi harus mengikut kuota yang ditetapkan bagi setiap pengguna untuk memastikan bekalan mencukupi dan adil kepada semua pihak.

Ikuti panduan berikut:

1. Muat turun aplikasi eCOSS di Google Play, Apps Store atau App Gallery

2. Klik 'Tiada Akaun? Daftar Baru'

3. Isi maklumat yang diperlukan untuk daftar pengguna.

4. Klik 'Daftar' untuk mendaftar. Jangan lupa tandakan kotak pengesahan.

5. Pengguna akan menerima maklumat log masuk melalui emel. Jadi pastikan emel anda aktif.

6. Lengkapkan proses pengesahan identiti menggunakan MyKad secara e-KYC dalam aplikasi.

Pengesahan identiti secara e-KYC:

1. Masukkan ID dan kata laluan yang diterima, kemudian klik Log Masuk.

2. Klik butang e-KYC untuk pengesahan identiti.

3. Muat naik gambar kad pengenalan hadapan, belakang dan swafoto. Selesai.

Untuk tutorial pendaftaran, anda boleh rujuk di sini.

Gunakan aplikasi untuk imbas kod QR apabila membeli minyak masak peket subsidi di kedai sah. 

Pembelian akan direkod dengan identiti pembeli dan kuota yang dibenarkan bagi memastikan subsidi sampai kepada pembeli yang layak. 

Artikel Lain