suria

Tukar siap-siap tak kalut... Individu kongsi panduan perbaharui sijil lahir tulisan tangan, tak sampai sejam dah siap!

Sijil kelahiran lama bertulisan tangan tidak lagi boleh digunakan untuk sebarang urusan rasmi. -Foto FB Mendra Edin

MASIHKAH ada dalam kalangan anda menyimpan sijil kelahiran atau 'surat beranak' yang menggunakan tulisan tangan?

Jika ya, anda disarankan untuk memperbaharuinya memandangkan sijil kelahiran versi lama tidak lagi boleh digunakan untuk sebarang urusan rasmi yang memerlukan dokumen berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Gara-gara sijil lahir melintang, wanita bertekak dengan staf di KLIA... Rupanya ramai tak tahu kewujudannya

Terpanggil untuk berkongsi pengalaman sendiri, seorang pengguna Facebook, Mendra Edin, menceritakan situasi yang dialaminya baru-baru ini ketika ingin membuat pengesahan salinan sijil kelahiran di Pusat Transformasi Bandar (UTC).

"Ceritanya begini, saya photocopy sijil kelahiran yang lama dan bawa ke UTC untuk pengesahan (ada urusan penting).

"Namun setibanya di sana, mereka kata sijil kelahiran saya harus diperbaharui terlebih dahulu kerana sudah lama dan tulisan tangan. Saya diminta ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) terus untuk perbaharui sijil lahir.

"Jadi kepada kamu yang belum perbaharui sijil lahir bolehlah membuat pembaharuan. Mana tahu nanti ada urusan penting yang memerlukan dokumen sijil lahir," tulisnya.

Mendra turut berkongsi langkah ringkas untuk membuat pembaharuan sijil kelahiran lama:

1. Bawa sijil kelahiran asal (yang lama) ke mana-mana cawangan JPN atau UTC berdekatan.

2. Sediakan satu salinan MyKad.

3. Isi borang dan tunggu giliran.

4. Bayaran sebanyak RM5 akan dikenakan bagi setiap sijil kelahiran yang diperbaharui.

Menurut Mendra, urusan tersebut siap dalam tempoh kurang daripada satu jam!

Anda akan menerima sijil kelahiran baharu bercetak komputer dengan saiz kertas A4. Semoga bermanfaat!

Artikel Lain