suria

Jangan baik sangat sampai pinjamkan kad bank kepada kawan... Ini risiko anda patut tahu sebelum nak kongsi

Ramai tidak menyedari bahawa meminjamkan kad bank peribadi adalah salah di sisi undang-undang. -Gambar hiasan

RAMAI antara kita tidak sedar bahawa satu tindakan kecil yang nampak 'biasa' sebenarnya boleh membawa risiko besar iaitu meminjamkan atau membenarkan orang lain memegang kad bank.

Walaupun niat asalnya sekadar mahu memudahkan urusan individu yang berkenaan, namun tindakan ini boleh membuka ruang kepada penyalahgunaan, penipuan, malah kehilangan wang dalam akaun.

ARTIKEL BERKAITAN: Harta beku Islam kian meningkat, rupanya waris tak main peranan... Ini 7 ‘check list’ mudahkan urusan pembahagian harta pusaka si mati

Hakikatnya, walaupun kepada ahli keluarga, kawan rapat atau individu yang dianggap boleh dipercayai, kad bank adalah hak milik peribadi yang tidak sepatutnya dikongsi dengan sesiapa.

Seorang individu tampil membuat perkongsian di laman Threads mengenai risiko membenarkan atau meminjamkan kad bank kepada individu lain agar dapat dijadikan panduan bersama.

"Menjadi kesalahan memberi kad bank kepada pihak ketiga… tak kisahlah anak ataupun pasangan walaupun itu hanya kad prepaid.

"Saya cakap sebab saya pernah kena, jadi kes mahkamah kerana bagi kenalan guna sebab dia tak ada kad. Jadi fikirlah dua kali sebelum kena," ujarnya.

Berikut merupakan perkongsian individu berkenaan mengapa kad bank tidak boleh dipegang oleh individu lain:

1. Dari segi peraturan bank

Semua bank di Malaysia menyatakan dalam terma dan syarat akaun bahawa kad ATM atau kad debit dan akaun bank adalah untuk kegunaan peribadi pemegang akaun sahaja.

Jika memberi orang lain menggunakan kad tersebut untuk kegunaan mereka, anda telah melanggar perjanjian akaun bank.

Justeru bank boleh menutup akaun anda tanpa notis jika berlaku penyalahgunaan.

Cropped shot of African-American businessman paying with credit card online making orders via Internet. Successful black male holding plastic card making transaction using mobile banking applicationPemilik kad bank bertanggungjawab di atas setiap transaksi yang berlaku. -Gambar hiasan

2. Daripada segi undang-undang

Jika kad atau akaun anda digunakan untuk urusan salah laku, contohnya menerima duit hasil penipuan, terlibat dalam pengubahan wang haram dan menjadi 'akaun keldai' (money mule), anda boleh disiasat dan dituduh di bawah:

a) Seksyen 424 Kanun Keseksaan

- Menyembunyikan atau memindahkan harta secara tidak jujur boleh dipenjara hingga 5 tahun atau denda atau kedua-duanya.

b) Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AMLA) 2001

- Jika akaun digunakan untuk aktiviti haram, jika sabit kesalahan hukuman penjara hingga 15 tahun dan denda tidak kurang 5 kali ganda jumlah wang terlibat.

3. Risiko kepada pemilik kad

Walaupun tidak tahu menahu mengenai pemindahan wang yang berlaku, bank dan polis tetap akan siasat pemilik akaun.

Antara akibatnya:

- Akaun bank dibekukan 

- Nama disenarai hitam (sukar buka akaun baru).

- Dipanggil siasatan polis / Bank Negara.

- Hilang kepercayaan bank pada masa depan.

Artikel Lain