PERNAHKAH anda rasa tertipu apabila membeli pisang yang nampak cantik di luar, tetapi rupa-rupanya ia tidak manis dan belum cukup masak?
Ramai yang menyangka warna kulit pisang sudah memadai untuk menentukan kemanisan isinya, namun sebenarnya ada rahsia kecil yang ramai terlepas pandang.
ARTIKEL BERKAITAN: Antara paha dan dada ayam, mana lebih sihat? Ambil tahu perbezaan dua bahagian ini jika anda sedang berdiet
Seorang pengguna Instagram berkongsi tip mudah cara untuk mengenal pasti pisang yang manis, dan ternyata ramai turut mengakui kebenarannya.
Jadi sebelum capai seikat pisang di pasar raya, jom periksa tiga perkara mudah ini yang boleh membantu anda memilih pisang paling manis dan sedap.
Pisang yang manis sangat sesuai dijadikan mufin atau kek. -Gambar hiasan
1. Warna kulit
Cari pisang yang kuning dengan sedikit hijau di hujung kulitnya. Warna ini menandakan pisang berada pada tahap terbaik, iaitu tidak terlalu mentah mahupun lembik.
Pisang yang kuning sepenuhnya sudah sedia untuk dimakan, manakala yang masih mempunyai warna hijau memerlukan beberapa hari lagi untuk masak sempurna.
Elakkan pisang yang kusam atau ada kesan lebam.
2. Tompok coklat
Pisang dengan tompok coklat kecil menandakan ia sudah cukup manis dan terbaik untuk dibeli.
Bukan hanya sedap dimakan begitu sahaja, malah enak untuk dibuat mufin, pancake atau kuih kerana kemanisan semula jadinya.
3. Mudah kupas
Cuba kupas sedikit. Jika kulitnya sukar dikupas atau melekat, maknanya pisang tersebut belum masak sepenuhnya.
Tapi awas, tip ini hanya boleh dicuba jika anda menuai pisang sendiri, bukan di pasar raya!


