suria

Dua tali leher Trump dikatakan ada mesej tersirat… Ini analisa di sebalik warna merah, kuning keemasan

Dua warna tali leher yang dipakai Trump sepanjang kunjungan dua hari ke Malaysia sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-47.

SEJAK Ahad, ketibaan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump di Malaysia bagi menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 menjadi tumpuan ramai.

Media sosial penuh dengan perbualan tentang The Beast, limosin mewah yang menjadi ikon setiap kali beliau membuat lawatan ke luar negara. 

Dalam kehangatan cerita mengenai kenderaan  mewah itu, rupa-rupanya ada satu lagi perkara kecil namun menarik, yang mencuri perhatian netizen iaitu warna tali leher Trump sendiri!

ARTIKEL BERKAITAN: ‘The Beast’ menakjubkan! Ini fakta menarik limosin rasmi Trump, anda mungkin tak pernah terfikir ciri istimewanya

Seorang pengguna media sosial, Faizan Dasuki berkongsi analisa mengenai dua warna berbeza tali leher yang digayakan Trump iaitu ketika tiba dan sewaktu berangkat pulang pada Isnin.

"Dalam dunia politik antarabangsa, benda kecil macam warna tali leher memang sebahagian daripada body language diplomatic, bukan kebetulan," tulisnya.

Siapa sangka, hanya melalui warna tali leher, ia sebenarnya membawa mesej tersirat dalam dunia diplomasi antarabangsa. 

KUALA LUMPUR, Oct 26 -- United States President Donald Trump and Malaysian Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim join ASEAN leaders for a group photo during the 13th ASEAN–United States Summit at the Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) today.--fotoBERNAMA (2025) COPYRIGHT RESERVEDTrump (lima, kiri) ketika menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada Ahad.

Warna merah 

- Ketika Trump tiba di Malaysia pada Ahad, beliau memakai tali leher berwarna merah terang.

- Warna ini adala warna rasmi power tie untuk pemimpin politik.

- Warna yang  melambangkan kuasa, keyakinan, keberanian dan autoriti.

- Lazimnya dipakai sewaktu menghadiri acara rasmi, sidang media, atau pertemuan politik penting.

- Dalam konteks pada hari ketibaan Trump (Ahad), merah menandakan strong diplomatic presence, iaitu bertujuan menonjolkan imej kuat dan dominan sebagai pemimpin Amerika.

Warna kuning keemasan

- Warna emas sering dikaitkan dengan kejayaan, kestabilan ekonomi, kemewahan dan optimisme masa depan.

- Ia bukan warna biasa bagi Trump, sebaliknya digunakan apabila mahu menonjolkan imej berdamai, mesra ekonomi atau hubungan positif.

- Kalau hari ini acara lebih kepada lawatan kerja, sidang ekonomi, atau mesyuarat dengan nada kerjasama, pemilihan warna emas memberi mesej partnership & prosperity, bukan konfrontasi.

Artikel Lain