suria

Menyemarakkan semangat nasional, program sekolah 'Powering The Future 3.0' TNB dekati lebih 3,000 pelajar

Setiap pelajar diberikan tugasan berkaitan tenaga untuk diselesaikan.

DI Malaysia, pengeluaran elektrik sebahagian besarnya masih bergantung kepada dua sumber utama bahan api iaitu fosil arang batu dan gas asli.

Walaupun negara kini giat beralih ke arah tenaga lestari yang boleh diperbaharui seperti solar dan hidro bagi mencapai sasaran sifar bersih karbon menjelang tahun 2050, penggunaan bahan api fosil masih memberi kesan besar terhadap alam sekitar.

Situasi ini bertambah buruk apabila berlaku pembaziran tenaga berskala besar.

Murid sekolah rendah di Sekolah Dato Wan Ahmad, Perlis diajar tentang konsep penggunaan tenaga.

Murid sekolah rendah di Sekolah Dato Wan Ahmad, Perlis diajar tentang konsep penggunaan tenaga. 

Selain itu, penggunaan tenaga yang berterusan akan menyebabkan pelepasan karbon dioksida (CO₂) meningkat, sekali gus menjejaskan alam sekitar dan kesihatan awam yang menyumbang kepada kesan buruk pemanasan global serta perubahan iklim yang dirasai hari ini.

Oleh itu, untuk mengurangkan kemudaratan terhadap alam sekitar, perubahan tingkah laku dan peningkatan kesedaran mengenai penggunaan tenaga serta pemuliharaan amat diperlukan agar generasi akan datang dapat menikmati keistimewaan yang sama seperti kita nikmati hari ini.

Pelajar SMK Seri Pekan, Pahang yang berjaya menyiapkan aktiviti diberikan.

Pelajar SMK Seri Pekan, Pahang yang berjaya menyiapkan aktiviti diberikan.

Sehubungan itu, program sekolah “Powering The Future” yang dilancarkan Tenaga Nasional Bhd (TNB) dengan kerjasama Star Media Group Bhd (SMG) dilihat mampu mencapai matlamat tersebut dengan mengetengahkan potensi masa depan yang lestari serta mendidik golongan muda tentang penggunaan tenaga secara bijak.

Kembali untuk edisi ketiganya, program “Powering The Future 3.0” telah memberi impak kepada 3,248 pelajar sekolah rendah dan menengah di 40 buah sekolah di Pahang, Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis.

Di bawah inisiatif kebangsaan Malaysia Energy Literacy Programme (MELP), program ini memperkenalkan pelajar kepada dunia tenaga boleh baharu (RE) menerusi modul pembelajaran secara praktikal serta teknik gamifikasi yang direka khas bagi menarik minat dan mendekati jiwa generasi muda masa kini.

Peserta gembira menerima cenderahati yang diberikan.

Peserta gembira menerima cenderahati yang diberikan.

Pelajar sekolah rendah turut terlibat dalam aktiviti membina kit model RE bagi mempelajari pelbagai manfaat solusi tenaga hijau.

Mereka juga menerima buku kerja pendidikan Kuntum bagi mengukuhkan nilai dan konsep yang mereka pelajari seterusnya memberi inspirasi kepada perubahan tingkah laku jangka panjang dan meluaskan impak program ini ke luar persekitaran sekolah.

Sementara itu, pelajar sekolah menengah pula menyertai latihan pemikiran kritikal secara aktif melalui simulasi dunia sebenar yang memberi fokus kepada amalan penjimatan tenaga.

Semua peserta turut menerima langganan percuma e-Paper The Star selama setahun bagi menggalakkan tabiat membaca secara aktif di samping memperkukuh kesedaran terhadap kepentingan penjimatan tenaga.

 

 

 

Artikel Lain