suria

Rasa malu tetamu masuk rumah tapi ada bau kucing… Ini rahsia kediaman sentiasa segar mewangi

Seorang pengguna media sosial berkongsi cara membuat pewangi rumah untuk menyingkirkan bau si bulus. -Gambar hiasan (kiri)

BAGI pencinta kucing, menjaga kebersihan rumah adalah antara cabaran utama, lebih-lebih lagi bagi mereka yang memelihara haiwan comel itu di dalam rumah. 

Walaupun bekas najis atau litter box sering dibersihkan, bau kucing kadangkala tetap melekat dan dapat dirasai sebaik sahaja melangkah masuk ke ruang kediaman.

ARTIKEL BERKAITAN: Mekanik ini kongsi sebab anda perlu elak cas telefon dalam kereta... Baru tahu rupanya ada banyak keburukan

Masalah ini sering menjadi punca ramai pemilik kucing berasa kurang selesa menerima tetamu kerana bimbang rumah berbau. 

Namun, seorang wanita tampil berkongsi petua mudah DIY (Do-It-Yourself) yang bukan sahaja berkesan menghilangkan bau, malah menjadikan seluruh rumah segar dan menenangkan.

Menurut wanita tersebut, idea itu diperolehnya selepas terbaca perkongsian daripada seorang pengguna media sosial yang turut memelihara kucing di rumah.

Tertarik dengan idea tersebut, dia mencuba sendiri petua berkenaan dan hasilnya amat memuaskan.

"Dalam 10 minit saja, dah semerbak bau satu rumah. Sampai ke bilik pun boleh bau campuran citrus, vanilla dan pandan. Memang wangi, tak tahu nak cakap macam mana,” ujarnya.

Katanya lagi, menghasilkan pewangi semula jadi itu kini menjadi rutin bulanan, terutama apabila keluarga atau tetamu ingin datang berkunjung ke rumah. 

Berikut adalah tip yang dikongsikan semula olehnya, dengan hanya menggunakan lima bahan iaitu:

5 helai daun pandan

1 biji lemon (dipotong kepingan)

3 kuntum bunga lawang

5 biji cengkih

Sedikit esen vanilla

Air secukupnya

Cara penyediaan:

1. Masukkan semua bahan ke dalam periuk dan rebus selama 10-15 minit. 

2. Apabila mula mendidih, biarkan wapnya memenuhi ruang rumah. 

3. Untuk hasil lebih tahan lama, campuran boleh disimpan dalam bekas semburan dan digunakan semula sebagai penyegar udara.

Selamat mencuba!

Artikel Lain