suria

Pemuda muntah mi goreng sebelum rebah, meninggal dunia... Benarkah ada kaitan dengan senaman waktu malam?

Ramai individu bersenam waktu malam kerana sibuk di siang hari. -Gambar hiasan AI

RAMAI individu memilih untuk bersenam pada waktu malam kerana kekangan masa dan kesibukan kerjaya di siang hari.

Namun, timbul persoalan sekiranya aktiviti ini sesuai dilakukan pada waktu malam, apatah lagi ketika tubuh masih berada dalam keadaan penat.

Di Thread, seorang individu dikenali sebagai Fatimah Rosli berkongsi pengalamannya melakukan bedah siasat ke atas seorang lelaki yang meninggal dunia akibat serangan jantung.

"Bersukan malam meningkatkan risiko serangan jantung? Saya pernah bekerja di jabatan forensik ketika houseman

"Satu kes yang perlu dijalankan bedah siasat merupakan seorang lelaki muda yang dapat serangan jantung dan meninggal dunia secara mengejut. 

"Kisahnya, dia pulang dari kerja dalam keadaan letih di malam hari, kemudiannya makan malam sepinggan mi goreng. Selepas selesai makan, perutnya terasa senak.

A man is seen jogging at Tasik Titiwangsa with the Kuala Lumpur views as background during the Covid-19 positive cases reported high recently.—AZMAN GHANI/The Star

Banyak taman awam dibuka untuk aktiviti senaman pada waktu malam. -Gambar hiasan

"Tak semena-mena dia rasa sangat sebu dan memuntahkan semua mi tadi dan tiba-tiba terus rebah," tulisnya.

Menurut wanita itu, arwah sempat diberi bantuan pernafasan, namun akhirnya meninggal dunia ketika dibawa ke jabatan kecemasan.

"Masa ambulans datang, dia dah tak sedar dan perlu diberi CPR. Akhirnya disahkan mati di wad kecemasan. Kes-kes macam ni memang perlukan bedah siasat. 

"Ketika bedah siasat, kami dapati ada salah satu saluran koronari yang tersumbat disebabkan oleh ruptured plaque dan mengesahkan kematiannya akibat serangan jantung," tulisnya lagi.

Di akhir perkongsiannya, dia menyatakan aktiviti bersukan waktu malam bukanlah faktor utama kematian pemuda itu.

"Kesimpulannya, serangan jantung boleh kena pada sesiapa sahaja di waktu malam, bukan hanya yang bersukan. Dan bersukan tidaklah meningkatkan risiko serangan jantung. 

"Yang meningkatkan risiko ialah genetik, gaya hidup, pemakanan dan juga faktor persekitaran yang kuat seperti pendedahan kepada plastik sepanjang tahun," tulisnya lagi.

Artikel Lain