suria

Geng remaja cari penyakit seru hantu malam Jumaat! Seorang jadi ‘sasau’ lepas nampak pocong muncul dari kubur lama

Kebanyakan lelaki mudah rasa tercabar. -Gambar hiasan

GOLONGAN remaja memang pantang dicabar!

Latif berkongsi pengalaman seorang rakannya yang menyahut cabaran selepas dicabar untuk melihat pocong.

Berkongsi cerita di media sosial, Latif Aziz berkata, insiden yang meninggalkan kesan mendalam dalam hidup rakannya itu bermula selepas mereka menyeru makhluk halus tersebut di tapak kubur lama.

Menurut Latif, pada masa itu dia dan rakan-rakan lain baru berumur 18 tahun.

"Lan, kawan aku ni peminat cerita mistik. Adalah satu hari, masa tengah melepak, dia buka cerita pasal hantu, kita orang pun layan, tiba-tiba kawan aku Juki tanya 'kau pernah jumpa pocong'?.

"Lan yang dengar terus jawab dia pernah jumpa beberapa kali," imbaunya.

Disebabkan memberi jawapan yang angkuh, Lan dicabar untuk melihat pocong di hadapan rakan-rakan yang lain pada malam Jumaat berikutnya.

Hubungan persahabatan membuatkan golongan lelaki gemar melakukan pelbagai aktiviti bersama. -Gambar hiasan

Golongan lelaki gemar melakukan pelbagai aktiviti bersama. -Gambar hiasan

Malah tanpa diduga, Juki dalam diam telah merancang untuk menyeru pocong supaya muncul di hadapan Lan.

"Juki pun cakap 'okay, dah kau kata tak takut jumpa pocong, minggu depan malam Jumaat, kita pergi tapak kubur lama kat simpang empat, kita tengok siapa yang bertahan, siapa yang lari'

"Lan mula rasa tercabar dan mahu imbal balik, jadi Juki tawarkan sepenuh gajinya kepada Lan dan begitulah sebaliknya jika Lan melarikan diri," tambah Latif.

Menurut Latif, pada hari kejadian, dia dan rakan-rakan menunggu Juki di tempat yang dijanjikan sekitar pukul 10 malam.

"Lama juga tunggu Juki. Apabila dia sampai, aku tengok kat bakul motor dia ada lilin, beras kuning, ayam hitam.

"Pukul 11.45 malam baru sampai di kubur lama, kami bergerak sehingga sampai ke satu pokok rendang, letak semua barang di situ.

"Juki siapkan peralatan, dia bakar lilin, letakkan beras kuning, ayam dan mula cari kubur... Juki jumpa satu kubur lama, ada berlubang di bahagian hujung," imbau Latif.

ARTIKEL BERKAITAN: 'Housemate' harum semerbak, siap tidur sekatil rupanya pocong! Ramai nampak gadis cakap 'sorang-sorang'

ARTIKEL BERKAITAN: Tragis! Guru tular ‘serumah’ dengan pocong dikhabarkan meninggal dunia - “Dia sakit awak… tak tidur, tak makan berhari-hari”

Selepas mengenal pasti kubur sasaran, Juki mengeluarkan kertas yang tertulis mantera dan meminta Lan duduk di sebelah sambil berpesan supaya tidak melarikan diri.

"Habis baca sebahagian mantera, Juki arahkan untuk potong ayam kemudian dia sambung baca lagi... dia menjerit sambil ulang baca mantera dan tiba-tiba suara dia garau ke dalam.

"Tangan yang masih mendepa tiba-tiba bertepuk dan dia terus menyeru. Aku dengan kawan-kawan jelas melihat ada sosok bayang putih keluar perlahan-lahan dari kubur yang berlubang.

"Mula-mula sikit, semakin lama semakin menaik. Jelas aku tengok kepalanya yang hitam, muka pecah terkoyak, matanya ke dalam tapi berwarna merah.

"Bau hanyir mula datang menusuk hidung kami, perlahan-lahan bau bangkai, masa tu rasa nak muntah sebab tak tahan sangat baunya," ujarnya berkongsi situasi dialami ketika itu.

Menurut Latif, secara tiba-tiba Juki mengambil darah ayam tadi dan minum lalu menghembus ke arah pocong.

Lan menjerit cakap tak boleh keluar, tak ada jalan. Kemudian Tok Seman pergi ke hujung kaki Lan dan usap-usap sambil cakap keluar ikut 'pintu' ni.

LATIF AZIZ

Tindakannya itu membuatkan gerakan pocong semakin laju keluar dari kubur dan terus tegak berdiri.

"Juki terus jerkah Lan yang diam terpaku seribu bahasa... Juki tunjuk pocong pada Lan sambil tersengih dan menyuruh Lan untuk jerkah seperti yang diceritakan.

"Aku dan yang lain pelan-pelan undur ke belakang," jelasnya yang turut mengaku rasa menggigil dan hampir menangis pada masa kejadian.

Melihatkan rakan-rakan melarikan diri, Juki terus memekik supaya mereka semua menunggunya.

Malah dia membiarkan sahaja Lan di tempat mereka 'menyeru' pocong.

"Kami sampai rumah masing-masing dalam pukul 3 pagi. Esoknya dengar orang kampung jumpa Lan pengsan dekat kubur lama.

"Masa dibawa balik ke rumah, Lan macam tak sedar dan sejak hari itu dia macam hilang arah, banyak termenung, kejap-kejap dia tunjuk sesuatu dan jerit. 

Kubur lama sering dikaitkan dengan amalan kurafat. -Gambar hiasan

Kubur lama sering dikaitkan dengan amalan kurafat. -Gambar hiasan

"Perkara ni berlarutan hampir sebulan, keadaan Lan semakin teruk dan akhirnya keluarga dia bawa jumpa orang lama dalam kampung aku, Tok Seman... orang alim juga," katanya.

Menurut Latif, sebelum dibawa 'berubat' keluarga Lan meminta dia dan rakan-rakan menceritakan apa yang berlaku.

Susulan itu, kesemua mereka turut berjumpa Tok Seman bagi merawat Lan.

Semasa Tok Seman terkumat kamit berzikir, tiba-tiba Lan berkata "dia milik aku" dengan suara yang garau dan terus berdiri.

Tok Seman minta raga Lan dikembalikan dan dia cakap akan hantar 'makhluk' tu pulang sambil jari ligat menggerakan tasbih.

Kemudian Tok Seman capai kain pelikatnya sambil membaca surah dan terus menghayun kain ke lantai. 

"Lan yang berdiri, terpelanting tapi kembali bangun dan menghadap Tok Seman.

Ayam hitam sering dikaitkan dengan unsur mistik.

Ayam hitam sering dikaitkan dengan unsur mistik.

"Tiba-tiba bau busuk yang agak kuat memenuhi ruang tamu rumah Tok Seman, langau dan lalat yang entah mana datang mula banyak... masing-masing nak muntah.

"Tok Seman hentakkan kaki dengan tumit kanan tiga kali, bau bangkai dan langau mula hilang," ujarnya menceritakan cara rawatan Tok Seman.

Sejurus hilang bau busuk, Tok seman melibas kain pelikat sekali lagi ke arah Lan.

"Lan tumbang dan Tok Seman minta kami pegang supaya tidak lari. Pada masa sama, dia melibas-libas kain, Lan menjerit macam terbakar dan terkena pukulan yang kuat.

"Lan menjerit cakap tak boleh keluar, tak ada jalan. Kemudian Tok Seman pergi ke hujung kaki Lan dan usap-usap sambil cakap keluar ikut 'pintu' ni," tambahnya lagi.

Selepas rawatan dilakukan, badan Lan tiba-tiba berubah menjadi kurus seolah-olah tidak pernah makan sehingga mengejutkan ahli kelurganya.

Menurut Latif, sejak insiden yang berlaku, dia dan rakan-rakannya berhenti melakukan perkara mengarut.

Malah dia menzahirkan rasa syukur kerana Lan kembali pulih manakala Juki pula hilang jejak sehingga kini.

Artikel Lain

Sheqal meninggal dunia