PEMANDU yang biasa menggunakan laluan Gerik-Jeli mungkin pernah terserempak dengan gajah yang sedang melintas jalan.
Bagi Rahim (bukan nama sebenar), dia sebolehnya tidak mahu lagi bersemuka dengan haiwan itu di pertengahan jalan.
Biarpun tiada perkara buruk terjadi ketika lorinya dikepung beberapa ekor gajah sebelum ini, Rahim tetap trauma dengan kejadian berkenaan.
Namun sebagai pemandu lori, Rahim tiada pilihan dan perlu melewati laluan tersebut untuk menghantar muatan.
Antara pengalaman lain, Rahim juga pernah melihat sekumpulan 'manusia' aneh berpakaian serba putih di laluan itu.
Kehadiran gajah jadi kebimbangan pengguna jalan raya di laluan Gerik-Jeli. -Gambar hiasan
Dalam kejadian sekitar pukul 4.30 pagi, Rahim menggunakan laluan sama sambil ditemani seorang rakannya yang sudah nyenyak tertidur.
Ketika melalui satu selekoh, Rahim terdengar suara ramai manusia, seolah-olah wujud perkampungan di kawasan berkenaan.
Ia sememangnya aneh memandangkan Rahim tahu kawasan itu selalunya sunyi dan tidak didiami sesiapa.
ARTIKEL BERKAITAN: Geng remaja cari penyakit seru hantu malam Jumaat! Seorang jadi ‘sasau’ lepas nampak pocong muncul dari kubur lama
Rahim kemudiannya memperlahankan lori dan menurunkan tingkap untuk mendengar bunyi itu dengan lebih jelas.
Secara tiba-tiba, dia terpandang sekumpulan makhluk berbadan seperti manusia yang berdiri di kawasan tepi jalan.
Lebih mengejutkan, makhluk itu langsung tidak mempunyai wajah, menyebabkan Rahim terus menaikkan tingkap lorinya.
Hutan menyimpan seribu satu misteri yang belum habis diteroka manusia. -Gambar hiasan
Rahim turut mengejutkan rakannya untuk menceritakan tentang perkara itu.
"Badrul, bangun... Aku nampak manusia pakai baju warna putih, muka kabur," ujar Rahim cemas sambil menepuk bahu rakannya.
Kejadian itu berlaku cukup pantas, malah Badrul juga tidak sempat untuk melihat kelibat makhluk yang diceritakan Rahim.
Selepas itu, Badrul juga sudah tidak boleh melelapkan mata dan dia terus menemani Rahim sepanjang perjalanan.
Kata Badrul, Rahim mungkin melihat makhluk bunian yang mendiami kawasan hutan berbukit itu.
Namun, mereka bersyukur kerana makhluk itu hanya memunculkan diri dan tiada sebarang perkara buruk berlaku.