suria

Balik dari kedai terus muntah darah! Wanita minta hati-hati musim 'pengamal ilmu hitam lepaskan santau'

Mangsa yang terkena santau biasanya akan muntah darah. -Gambar hiasan (kanan)

SEORANG wanita berkongsi pengalaman mengejutkan melibatkan ahli keluarganya yang dikatakan menjadi mangsa santau, salah satu daripada cabang amalan ilmu hitam.

Dalam hantaran tersebut, wanita itu mengingatkan orang ramai agar berwaspada dan mengamalkan doa pendinding diri, khususnya pada waktu sekarang yang didakwa 'musim santau dilepaskan dan ilmu hitam diuji'.

"Semua tolong hati-hati jaga diri elok-elok. Amalkan doa pendinding diri. Sekarang musim orang pelepas santau dan 'test' ilmu. Orang terdekat kami baru saja terkena," katanya di laman Thread.

Mengamalkan ilmu hitam hukumnya berdosa besar. -Gambar hiasan

Kejadian itu dikatakan berlaku sekitar pukul 10 malam pada Selasa lalu apabila seorang daripada ahli keluarganya yang sihat keluar untuk mengambil bekas kuih di sebuah kedai berdekatan.

Namun sejurus tiba di depan pintu rumah, individu tersebut tiba-tiba batuk teruk sebelum muntah darah dari mulut dan hidung.

"Tak boleh beritahu siapa tapi dia (mangsa) orang terdekat. Padahal sihat (secara fizikal) je. Dia keluar untuk ambil bekas kuih dekat kedai sebelah rumah dia.

ARTIKEL BERKAITAN: Ketahui 6 perbuatan syirik sering dilakukan manusia... Bertaubatlah kepada sesiapa samakan Allah dengan makhluk

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita masuk Siam santau bekas kekasih, geram lepas terlanjur! Terkejut dapat tahu sudah meninggal dunia

"Tiba-tiba sampai tingkap dia batuk. Sampai depan pintu rumah, tiba-tiba keluar darah dari mulut dan hidung.

"Pergi hospital dan klinik, doktor cakap tak ada apa-apa (penyakit). Anda semua bayangkan darah banyak macam ni," kongsinya.

Dalam hantaran tersebut, wanita itu turut memuat naik gambar cecair dipercayai muntah bercampur darah dalam sebuah bekas berwarna biru.

Sekali sekala peramal kena lepas buang (santau).

NETIZEN

Menjawab soalan warganet pada posting yang dibuat, wanita itu berkata kejadian berlaku di Batu Kurau, Perak.

Tambahnya lagi, selepas mendapatkan rawatan alternatif, mereka sekeluarga diberitahu oleh perawat bahawa serangan santau itu memang ditujukan kepada ahli keluarga terdekatnya.

Menjengah ke ruangan komen, ramai bimbang dan takut sekiranya mereka berdepan insiden sama.

Malah, ada juga individu berkongsi pengalaman serta amalan yang biasa diamalkan sebagai perlindungan diri.

Santau biasanya digunakan untuk menyeksa mangsa. -Gambar hiasan

"Mereka pelepas untuk cover (lindung) diri... takut makan diri. Sekali sekala pengamal kena lepas buang (santau). Tu la, belajar ilmu syirik," tulis seorang netizen.

Dalam perkembangan lain, wanita berkenaan turut memaklumkan bahawa keluarganya kini sedang berikhtiar mendapatkan rawatan secara Islam.

"Sekarang kami tengah ikhtiar berubat cara Islam. Pergi mana-mana, tolong korang baca pendinding diri. 

"Baca Surah Yasin ayat 9, baca tiga kali... dengan Bismillahitawakkaltu," tambahnya lagi.

Sebagai ingatan bersama, syirik merupakan dosa besar dalam Islam dan umat Islam hendaklah menjauhi perbuatan tersebut.

Artikel Lain

Sheqal meninggal dunia