suria

Perawat alternatif serik rawat mangsa ilmu hitam, hidup tak aman... Pintu terbuka sendiri menjelang Maghrib, pinggan pecah di dapur

CCTV kadang kala dapat menangkap pergerakan yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar. -Gambar hiasan AI

SEORANG pengamal perubatan tradisional yang berpengalaman merawat individu terkena sihir tampil berkongsi pengalaman menyeramkan di kediamannya sendiri.

Menurut lelaki itu, gangguan mula berlaku secara berperingkat selepas beberapa sesi rawatan dilakukan di rumah hingga timbul rasa serik untuk terus membantu.

Antara kejadian pelik yang dialaminya termasuk makanan cepat basi, bunyi-bunyi aneh dan peralatan rumah bergerak sendiri tanpa sentuhan manusia.

“Mula-mula aku perasan makanan cepat rosak. Sup daging yang baru dimasak, masih panas, tapi dalam beberapa jam saja dah berbuih. Nasi pun tak sempat sampai malam, dah basi,” ujarnya.

Gangguan bertambah aneh apabila pada suatu malam, dia terdengar bunyi seperti seseorang sedang mandi di bilik air.

Namun, pam air rumahnya yang sepatutnya berbunyi jika air digunakan tidak berfungsi langsung.

“Rumah aku guna water pump. Kalau paip buka, memang akan berbunyi. Tapi malam tu, bunyi air mandi jelas kedengaran, tapi pam langsung tak hidup,” katanya.

Pinggan pecah antara gangguan yang dialami pengamal perubatan tradisional. -Gambar hiasan AIPinggan pecah antara gangguan yang dialami pengamal perubatan tradisional. -Gambar hiasan AI

Dia turut mendedahkan kejadian kamera litar tertutup (CCTV) yang tiba-tiba berpusing sendiri ke arah dinding, sebelum bunyi dentuman kuat kedengaran. 

Keesokan pagi, beberapa pinggan didapati pecah di dapur.

“CCTV pusing sendiri, tak lama lepas tu bunyi kuat sangat. Apabila diperiksa, ada pinggan pecah. Bukan sekali, tapi beberapa kali dah jadi macam tu,” katanya.

Selain itu, bunyi cakaran sering didengar pada waktu malam, dan pintu rumah didapati terbuka sendiri menjelang waktu Maghrib walaupun sudah dikunci dengan rapi.

Akibat kejadian-kejadian ganjil tersebut, dia mengambil keputusan untuk tidak lagi menerima kes rawatan sihir di rumahnya.

“Aku dah berhenti rawat orang kena sihir. Terlalu banyak risiko. Aku percaya apa yang kita lawan itu, ada kalanya tak balik dengan pesakit tapi ikut balik ke rumah kita,” katanya.

Artikel Lain