suria

Berkelah di hutan lipur, tak sangka ada makhluk sukakan si bongsu... Wanita terpaksa 'berebut' anak dengan hantu air

Kawasan air terjun sering dikaitkan dengan gangguan dan makhluk halus. -Gambar hiasan

SELAIN destinasi seperti resort atau taman tema, kawasan hutan lipur dan air terjun turut menjadi pilihan ramai apabila tiba musim cuti sekolah.

Tidak terkecuali Eida Hidayati Hassan sekeluarga yang menjadikan air terjun di Kedah sebagai lokasi pilihan untuk berlibur dan berkelah.

Menurutnya, dia sudah lama tidak menjejakkan kaki ke air terjun, namun sentiasa berwaspada kerana sedar hutan lipur seperti itu turut dihuni makhluk ghaib.

Malah bagi mengelakkan perkara tidak diingini berlaku kerana memiliki anak kecil, dia yang mesra disapa Kak Ida bertindak melakukan 'pendinding' pada anak-anaknya.

"Memang siap 'celakkan' anak-anak, semasa mandi bagi Rawda Dinara (anak bongsu) mandi sekali... dia menangis sebab sejuk.

"Jadi letak balik kat atas darat dan bagi dia layan abang-abang serta sepupu-sepupu mandi.

Umat Islam dianjurkan untuk berdoa sebelum melakukan apa-apa perkara. -Gambar hiasan

Umat Islam dianjurkan untuk berdoa sebelum melakukan apa-apa perkara. -Gambar hiasan

"Kami enjoy berkelah, makan nasi mandi sama-sama tak ada apa yang berlaku," ujarnya.

Selepas gembira menikmati suasana air terjun, masing-masing mula mengemas dan bersiap sedia untuk pulang.

Namun anak kecilnya kelihatan biru seolah-olah terlampau sejuk tetapi tidak menangis sehinggalah mereka masuk ke dalam kereta.

Menurut Kak Ida, badan anak bongsunya itu tiba-tiba panas seperti kanak-kanak demam.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita terlelap dipeluk ‘suami jadian’, ikut balik ketika bantu mangsa kemalangan - “Macam ingin ‘bersama’ tapi aku tolak”

"Tapi dia tidur semula selepas diberikan susu, sehinggalah sampai ke rumah.

"Kak Ida tidur dengan dia sebab penat dan bangun apabila petang... masa ni dia menangis tak henti-henti sambil tutup mata.

"Rawda tak mahu duduk dalam bilik dan mahu sentiasa berdukung sehingga larut malam," kongsinya lagi.

Situasi menjadi seram apabila kakak iparnya tiba-tiba dirasuk makhluk ghaib.

Rupa-rupanya 'entiti' dari air terjun merasuk dirinya kerana marah dan menuduh mereka sekeluarga mengambil 'barang' kepunyaannya.

"Apabila ditanya, dia suruh pulangkan saja... rupa-rupanya, dia nak Rawda dan cakap Rawda anak dia.

Rawda (dalam bulatan merah)kembali sihat selepas menerima rawatan perubatan Islam.

Rawda (dalam bulatan merah) beransur sihat selepas menerima rawatan perubatan Islam.

"Bayi perempuan itu anak aku, pulangkan! Lepas dengar kakak ipar cakap, Kak Ida pun benganglah sebab penat-penat melahirkan tiba-tiba ada yang mengaku anak pula.

"Dia marah dan cakap Kak Ida ego, keras kepala tapi masih pujuk Kak Ida serahkan Rawda," tambahnya lagi.

Bukan itu sahaja, lembaga itu juga mengugut akan mengganggu Rawda kerana anaknya sudah mati.

Situasi berlarutan sehingga pukul 4 pagi dengan keadaan Rawda semakin membimbangkan.

Menurut Kak Ida, tubuh anaknya menjadi biru dan menggeletar sepanjang proses rawatan dilakukan.

Namun dia tetap menzahirkan rasa syukur apabila perawat berjaya membunuh 'entiti' tersebut.

"Rawda masih demam-demam, semoga tidak ada apa-apa yang berlaku," tambahnya yang turut serik dengan kejadian menimpa.

Artikel Lain