KITA pasti biasa mendengar petua orang-orang tua yang melarang supaya tidak berpatah balik jika tertinggal sesuatu selepas memulakan perjalanan.
Kononnya jika berbuat demikian, perjalanan akan ditimpa musibah atau urusan ke destinasi yang dituju akan terganggu.
Terpanggil untuk menyampaikan peringatan mengenai situasi yang sama, pengacara dan personaliti TV terkenal, Ahmad Fedtri Yahya, berkongsi satu pesanan untuk dijadikan panduan bersama.
ARTIKEL BERKAITAN: Hanya sempat rakam 10 minit, 3 ‘content creator’ paranormal disergah makhluk halus! Penunggu rumah usang di Lukut mengganas
Menerusi satu hantaran di TikTok, dia menitipkan pesanan supaya jangan sesekali berpatah balik untuk mengambil bekas air yang tertinggal.
"Terutamanya kalau dah tinggal lama di kawasan yang ada persaingan, contohnya seperti pejabat atau gelanggang.
"Sebab air dah tinggal... mungkin ada orang letak sesuatu sama ada yang bahaya ke, memabukkan ke atau yang lebih dahsyat ada unsur-unsur mistik.
"Mungkin dimasukkan sihir... kita pun minum. Bimbang beri kesan yang tak diingini. Ini hanya langkah pencegahan sebab air ni antara medium yang banyak digunakan untuk tujuan seperti sihir. Jadi hati-hati," ujarnya dalam perkongsian tersebut.
Tambahnya, sebagai umat Islam, kita disarankan untuk sentiasa memperbanyakkan doa dan memperkuatkan keimanan agar terhindar daripada niat jahat orang lain mahupun musibah.


