suria

“Itu tangkal... ada khadamnya, jin!” - Pemuda beli dompet ‘bundle’ jumpa lipatan kain kuning bertulisan jawi, ramai suruh hapuskan

Lipatan kain kuning yang terselit dalam dompet bundle yang dibeli seorang lelaki.

MEMBELI barang daripada kedai bundle atau thrift shop bukan lagi sesuatu yang asing.

Malah ramai yang menganggapnya sebagai hobi kerana lebih gemar memburu barangan rare, vintage, atau berjenama dengan harga yang jauh lebih murah.

Namun, sesetengah barangan terpakai yang pernah menjadi milik individu lain menyimpan 'rahsia' tersendiri.

Mungkin ada yang bernasib baik, mendapat barangan berkualiti tinggi dengan harga murah. 

ARTIKEL BERKAITAN: Jangan patah balik ambil botol air tertinggal, elak terkena sihir... Dalam pejabat sendiri pun kena hati-hati!

Tetapi ada juga yang secara tidak sengaja 'membawa pulang' sesuatu yang aneh sebagaimana kisah yang dikongsikan seorang lelaki ini.

Menurut lelaki tersebut, dia membeli dompet daripada kenalan sahabatnya, namun terkejut apabila mendapati terdapat lipatan kain kuning bertulisan jawi yang terselit di dompet berkenaan.

Ada pengguna media sosial cuba menterjemah maksud ayat dalam lipatan kain berkenaan.

"Ini barang yang aku jumpa dalam dompet yang aku beli... seram," tulis pemilik akaun @iamfarezothman dalam satu perkongsian di Threads.

Dia turut memuat naik imej lipatan kain kuning berkenaan dalam perkongsiannya untuk meminta pandangan warga maya.

Dia dalam masa yang sama menasihatkan pemburu barang terpakai agar berhati-hati ketika memilih untuk mengelakkan kejadian tidak diingini.

"Kepada yang suka beli barang thrift, hati-hati bila beli dan pastikan check betul-betul semua compartment, celah-celah segalanyalah.

"Sebab kita tak tahu pengguna sebelum ni siapa dan apa yang dia simpan dekat barang tu," tulisnya.

Di ruangan komen, pelbagai reaksi yang dilontarkan warga maya.

Sebahagian daripada reaksi warga maya.

Namun rata-ratanya menasihatkan supaya dia menghapuskan 'barang' tersebut atau mendapatkan pandangan daripada pengamal perubatan Islam.

"Itu tangkal. Tangkal bukan setakat kertas bertulisan sahaja, ada khadamnya, jin. Selagi tangkal ini disimpan oleh tuan asal, dia akan buat kerja dia. Seeloknya buang, jangan buat benda syirik.

"Jangan bakar atau buang sungai. Dapatkan orang warak untuk hapuskan sihir pengikat dulu terutama orang yang terakhir pegang atau sentuh.

"Jangan simpan atau baca. Kalau yakin ada unsur sihir, rendam kain tu dalam air garam dan bacakan Surah Al-Falaq, An-Naas, Al-Ikhlas, Ayat Kursi. Lepas tu boleh bakar atau tanam di tempat sesuai. Minta tolong ustaz ruqyah untuk pagar diri," komen netizen.

Artikel Lain

Zaiton Sameon bukan peserta GV12