suria

Dah boleh lupakan rumah atau bilik di KL dengan kadar sewa tinggi... Ini 5 kelebihan menyewa hotel bajet secara bulanan

Terdapat hotel di Kuala Lumpur menawarkan sewa bilik secara bulanan. -Gambar hiasan (kiri)

BAGI golongan bujang yang baru mula bekerja di Kuala Lumpur, mencari tempat tinggal yang selesa dan sewa berpatutan adalah satu cabaran.

Menyewa rumah atau apartmen di ibu kota boleh menjadi beban besar kerana kadar sewa mencecah ribuan ringgit sebulan.

Itu tidak termasuk bil utiliti, caj penyelenggaraan dan deposit awal yang menelan kos tinggi.

Menerusi perkongsian di Facebook, ada satu pilihan bijak yang ramai tidak tahu iaitu menyewa bilik hotel bajet secara bulanan.

Hotel bajet juga lengkap dengan bilik air peribadi, katil, kipas atau penyaman udara dan kadangkala termasuk capaian internet percuma dengan harga serendah RM700 sebulan.

Menyewa rumah di Kuala Lumpur sangat tinggi dengan kos bulanan mencecah ribuan ringgit. -Gambar hiasanKadar sewa rumah di Kuala Lumpur sangat tinggi. -Gambar hiasan

Kenapa berbaloi?

1. Kos tetap dan lebih rendah

- Sekitar RM700 hingga RM900 sebulan, ia jauh lebih murah daripada sewa apartmen biasa.

2. Tiada bil utiliti berasingan

- Kesemua kos sudah termasuk dalam harga sewa.

3. Privasi dan kebersihan

- Bilik air sendiri, tak perlu berkongsi seperti menyewa bilik di dalam sebuah rumah.

- Pihak hotel bajet biasanya menjaga kebersihan dengan baik.

4. Lokasi strategik

- Banyak hotel bajet terletak berhampiran pengangkutan awam sesuai untuk yang bekerja di bandar.

5. Tiada komitmen jangka panjang

- Sesuai untuk yang perlukan tempat tinggal sementara atau tidak mahu terikat dengan kontrak bertahun.

Namun, sebelum anda bertindak untuk menyewa bilik hotel, beberapa perkara perlu diambil kira terlebih dahulu.

Antaranya dengan membandingkan harga dan lokasi dengan membuat semakan menggunakan platform seperti iBilik, Mudah.my atau terus berhubung dengan hotel.

Anda juga boleh menyemak ulasan pelanggan untuk pastikan hotel tersebut selamat dan selesa.

Artikel Lain