DALAM keadaan ekonomi yang semakin mencabar, ramai antara kita mencari pelbagai cara untuk berjimat dan menyimpan wang walaupun dalam jumlah kecil.
Menariknya, kini terdapat beberapa aplikasi yang mampu membantu kita menyimpan tanpa sedar.
Seorang pengguna Threads, @aliatulaqila berkongsi pengalamannya menggunakan beberapa aplikasi yang dianggap sebagai 'penjana kewangan senyap'.
Menurutnya, aplikasi berkenaan membantu mengumpul duit sedikit demi sedikit tanpa perlu bersusah-payah.
ARTIKEL BERKAITAN: Nak beli rumah bukan sekadar cukup deposit, pembeli juga kena sedia tanggung 5 kos ini
"Ini antara apps yang senyap-senyap bantu kau simpan duit tanpa sedar. Tak ramai perasan, tapi lama-lama jadi saving juga," tulisnya.
Berikut merupakan lima aplikasi yang dikongsikan:
1. Aeon Bank
Guna macam kad debit biasa setiap kali beli barang atau bayar bil.
Menariknya, setiap transaksi akan mendapat mata (point), di mana ia boleh ditebus menjadi cashback, dan terus masuk dalam akaun.
Sebagai contoh, mata yang dimilikinya sekitar 9,000, jadi jika ditebus akan mendapat RM49. Sebelum ini dia pernah menebus point hingga mendapat RM133.
2. TnG eWallet
Sesuai untuk digunakan pada transaksi yang menggunakan imbasan kod QR, di mana akan memperoleh mata GOrewards.
Mata boleh kumpul dan tebus untuk menambah nilai prabayar telefon serta baucar beberapa jenama seperti Tealive, Guardian, Lotus dan lain-lain.
Pastikan anda aktifkan GOrewards dalam apps.
Setiap sen yang dibelanjakan, akan ada mata. Tapi kontranya, mata ada tamat tempoh (expired).
3. Mova
Satu aplikasi affiliate Malaysia yang memberi anda cashback apabila beli barang dekat Shopee dan TikTok guna link sendiri.
Antara aplikasi paling berbaloi kalau hari-hari ada checkout TikTok atau Shopee.
4. ShopBack
Setiap kali menempah hotel menggunakan ShopBack, anda akan mendapat cashback senyap-senyap.
Tempah hotel RM300 pun boleh dapat pulangan sekitar RM15 hingga RM20.
5. Setel
Guna Setel setiap kali isi minyak, jangan lupa kumpul point Mesra.
Kemudian boleh tebus jadi cashback dalam aplikasi, terus tolak ketika bayar pada transaksi berikutnya.
Dengan mengisi minyak pun boleh dapat duit!


