suria

Lama simpan rahsia, Beby Acha akhirnya mengaku dah kahwin... Kelakar ‘cik abang’ disangka ayah

SETELAH sekian lama berteki-teki mengenai status hubungan, akhinya penyanyi Beby Acha mendedahkan dia sebenarnya sudah berkahwin.

 

Berkongsi perkara itu, Beby atau nama sebenarnya Nur Aishah Shari, 34, berkata dia sengaja merahsiakan mengenai status kerana mahu menjaga privasi suaminya itu.

“Sekarang ni ya memang saya kerap muatnaik video pasal cik abang (suami) untuk memenuhkan ruangan di Instagram dan TikTok.

“Ya saya memang sudah lama dengan berkahwin tapi tak boleh nak berkongsi tahun bila biar netizen berteki-teki,” kata Beby kepada mStar.

Dalam pada itu, Beby berkata kehidupannya jauh lebih tenang dan kurang menerima gangguan pelik setelah mendedahkan status sebenar dirinya.

“Selesa sangat sebab orang dah tak tanya sangat sebab mereka dah nampak kan cik abang(suami) jadi senang, gangguan pelik tu kurang dah kalau sikit-sikit tu biasa la tapi suami pun tak marah dia okay saja,” ujarnya.

TONTON VIDEO TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi