BAPA kepada pelakon Muntazar Ghufran iaitu Ghufran Ghani bakal mengadakan kenduri kesyukuran selepas anaknya itu putus tunang dengan aktres Saidah Kamarudin.
Menurut Ghufran, 48, majlis itu akan diadakan dalam masa terdekat yang antara lain bertujuan memulihkan semangat anaknya kembali.
“Saya bersyukur Alhamdulilah sebab mereka tak jadi tunang ni dan harap mereka move on, lepas ni saya akan buat majlis doa selamat untuk anak saya ni.
“Majlis doa selamat sebab anak saya sudah putus tunang, isteri dan saya sebenarnya memang tak berapa setuju dengan ikatan pertunangan anak saya ni tapi disebabkan Muntazar terlalu suka jadi kami merelakan.
“Sebab majlis ni dibuat pun untuk bagi anak saya gembira dan tenang, majlis ni mungkin akan dibuat dalam masa terdekat serta dihadiri kawan-kawan terdekat saja,” katanya.
TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI