suria

Muntazar Ghufran ada banyak duit pelaburan, dakwa ditampar bekas tunang sampai tercampak cermin mata

PELAKON Muntazar Ghufran menafikan dakwaan bekas tunangnya iaitu aktress Saidah Kamarudin yang mendakwa dia mempunyai masalah kewangan dan tidak mampu meneruskan majlis perkahwinan.

Mengulas perkara itu, Muntazar atau Muhammad Muntazar Gufran, 22, menjelaskan dia menyimpan wang dalam akaun pelaburan seperti amanah saham dan emas.

“Takkan la saya nak beritahu dia (Saidah) semuanya dan hanya RM500 saja dalam akaun bank... mestilah saya ada buat pelaburan malah lebih kepada pelaburan emas.

“Saya juga simpan di amanah saham, itu salah ke? Saya sudah beritahu dekat dia mengenai perkara ini tapi dia cakap itu simpanan pelaburan bukan duit.

“Kalau duit simpanan memang betul ada RM500, tapi saya juga bayar bulanan kereta cecah RM1,000 dan berikan juga kepada keluarga lebih kurang RM1,000... jadi dekat mana yang saya ni tiada duit,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Muntazar turut mendakwa dirinya telah dipukul dan dikasari oleh bekas tunangnya itu.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI

 



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi