TIDAK mahu keadaan menjadi lebih teruk menyebabkan penyanyi dan komposer Ajai bertindak pantas dengan membuat permohonan maaf secara terbuka kepada ahli kumpulan 4U2C.
Ajai atau nama sebenarnya Mohamad Faizal Maas, 50, berkata, tindakan itu dilakukan selepas dia berasa tersentuh melihat salah seorang ahli kumpulan iaitu Datuk AC Mizal menangis ketika sidang media sebelum ini.
“Sudah tentu saya terkesan melihat dia menangis sebab kita sudah kenal lama. Saya tidak berfikir panjang untuk membuat permohonan maaf secara terbuka kerana saya tiada hasad dengki ataupun ‘vibe’ negatif dalam percakapan saya sebelum itu.
“Mungkin ada yang terasa, disebabkan itu lebih baik saya minta maaf. Tiada masalah untuk saya minta maaf sebab tiada dendam. Bagi saya, orang seni ini sepatutnya membantu satu sama lain,” katanya kepada mStar.
TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI