suria

Ali Puteh halalkan hutang stesen TV, kenang jasa bagi ‘job’ ketika nama terpalit kontroversi

PELAWAK Ali Puteh menghalalkan hutang tertunggak berjumlah RM3,000 yang masih belum dibayar oleh sebuah stesen televisyen.

Ali atau Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan, 36, berkata dia menghalalkan hutang berkenaan kerana kerana mengenang jasa stesen berkenaan yang banyak membantunya sewaktu susah dahulu.

“Baru-baru ini kita tengok di media sosial memang kecoh dengan isu tular mengenai sebuah stesen televisyen yang banyak berhutang dengan rakan artis dan juga pihak produksi ataupun kru.

“Saya juga antara yang terpalit sama apabila pihak stesen televisyen berkenaan tidak melunaskan baki bayaran saya sebanyak RM3,000… tapi saya buat keputusan untuk halalkan semua duit itu sebab kenang jasa stesen itu kepada saya.

“Kepada kawan-kawan jangan salah faham sebab ini adalah niat saya sendiri tiada kena mengena dengan mereka, hutang memang wajib kena bayar tapi saya buat keputusan ni atas pilihan saya sendiri,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi