SERING diduga dengan masalah kesihatan di awal sesi penggambaran, pelakon Zarif Ghazzi menjawab dakwaan terdapat individu mempunyai hasad dengki dengan perjalanan kariernya.
Menafikan berpunca daripada penyakit ain dan gangguan mistik, Zarif, 21, hanya menganggap ia sebagai satu ujian untuknya terus kuat berada di dalam industri lakonan.
“Bukanlah ia (berpunca) daripada penyakit ain dan ganggu mistik. Bagi saya, ini adalah pembakar semangat untuk saya.
“Ini hanyalah satu ujian buat saya. Untuk sekarang saya tiada ikhtiar untuk berjumpa dengan ustaz atau sebagainya. Bagi saya, Allah tidak akan bagi ujian kepada hamba-Nya yang tidak mampu,” katanya kepada mStar.
Zarif memaklumkan perkara itu ketika ditemui semasa sidang media drama Abang Imam Minah Skuter yang bersiaran bermula 24 Julai.
Selain Zarif, bintang lain yang menjayakan drama tersebut adalah Bella Dowanna, Zulin Aziz, Bella Hanna, Sharifah Rose, Marc Sadique dan ramai lagi.
TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI